SIARAN AKHBAR

12 Jul 2019
PROTON UMUM PESERTA AKHIR BAGI PERTANDINGAN PEMASARAN

Subang Jaya, 12 Julai 2019 – PROTON mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing antara satu sama lain pada Pertandingan akhir Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge, satu pertandingan pemasaran yang di ambil dari slogan SUV eksekutif popular segmen C Syarikat iaitu Proton X70. Pertandingan yang akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) pada 29 Julai 2019, akan menyaksikan kumpulan akhir ini bersaing dengan membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada panel pengadil yang terdiri daripada pengurusan kanan PROTON, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.

Mempamerkan idea-idea baharu

Pada peringkat akhir, semua kumpulan dikehendaki melakukan pembentangan, mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh para pelajar apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, ia akan menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran pembentangan malahan ujian keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan. 12 kumpulan ini terdiri dari semua negeri di Malaysia termasuklah Malaysia Timur dengan semua kos akan ditanggung oleh PROTON untuk hadir ke Pertandingan ini. Mereka adalah:

Politeknik Port Dickson

Politeknik Kota Kinabalu

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam

Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar

Xiamen University Malaysia

Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long

Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang

Multimedia University, Melaka

Taylor’s University, Lakeside Campus

DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan

Setiap institusi bersaing akan diwakili oleh kumpulan yang terdiri daripada ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang pengajar. Hadiah akan diberikan kepada pemenang termasuklah pengajar, yang telah membimbing pelajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan dan melengkapkan hasil kerja mereka. Panel pengadil terdiri daripada dua ahli dari pengurusan kanan PROTON, tiga pakar pemasaran dari syarikat perniagaan di Malaysia serta lima ahli media.

Selain akan dinilai berdasarkan kreativiti dan kemahiran perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keaslian idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh keadaan sebenar kelak. Ini menambah unsur yang menarik dalam pertandingan ini di mana kumpulan-kumpulan ini akan perlu mempertimbangkan praktikaliti idea mereka serta cabaran seperti perbelanjaan, tenaga kerja serta tingkah laku pelanggan.

"Di PROTON, kami percaya bahawa pencarian pemimpin perniagaan generasi akan datang adalah penting kerana mereka ini merupakan individu-individu yang akan membantu menguasai ekonomi Malaysia pada masa hadapan. Kami juga ingin memberi peluang kepada graduan dari universiti-universiti Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat kebangsaan dan menyerlahkan kemahiran yang diajar melalui institusi-institusi ini. Tidak kira sama ada mereka menang atau kalah, Syarikat berharap semua peserta selepas ini akan lebih memahami mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi cemerlang di dalam bidang pekerjaan dan semoga mereka ini juga akan menjadi peminat jenama PROTON," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Diinspirasikan oleh Proton X70

Proton X70 adalah model pertama yang dibangunkan bersama oleh PROTON dan rakan kongsinya iaitu Geely, dan model itu juga merupakan SUV premium pertama yang dibangunkan oleh jenama automotif Malaysia. Ia kini merupakan SUV premium terlaris di Malaysia serta dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar yang menggunakan arahan suara dan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris untuk mengakses pelbagai fungsi termasuklah hiburan, navigasi dan fungsi mekanikal.

-Tamat-

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun