SIARAN AKHBAR

13 Sep 2019
PUSAT 3S PROTON BAHARU DI BUKA DI KUANTAN

Kuantan, 13 September 2019 - Pesat Auto CTM Sdn Bhd (Pesat Auto) telah secara rasmi membuka pusat 3S PROTON baharu di sini hari ini. Cawangan pengedar ini merupakan ketiga yang dibuka di Kuantan yang mempamerkan identiti korporat baharu PROTON. 
 
Dilengkapi 6 ruang servis, 4 kemudahan pengangkat dan bangunan seluas 750 meter persegi, cawangan ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.3 juta, terletak di sepanjang jalan utama di bandar itu. Pesat Auto yakin bahawa cawangan ini akan meningkatkan jualan sebanyak kira-kira 30% dan jumlah servis sebanyak 40%. 
 
"Corak dan cara perniagaan telah berubah dengan keadaan masa. Keperluan dan jangkaan pelanggan juga berubah dengan begitu pantas. Untuk memastikan pelanggan sentiasa berhubung dan kekal bersama kami dalam jangka masa yang panjang, kami perlu terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka secara cekap. Sebuah pusat sehenti akan menjadi platform yang membolehkan kami memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi pasaran pelanggan kami," kata Tee Keh Hock, Pengarah Pesat Auto CTM Sdn Bhd. 
 
PROTON yang baharu adalah untuk memastikan pelanggan akan sentiasa berasa teruja dan seronok apabila mereka melangkah masuk ke cawangan PROTON, sama ada untuk perkhidmatan jualan mahupun servis. Secara asasnya, kami mahu  pelanggan merasai pengalaman yang sama di semua cawangan PROTON seluruh negara. 
 
"Apa yang kami cuba lakukan ialah memastikan pelanggan dapat merasai terus pengalaman PROTON sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke cawangan kami. Kami amat menitikberatkan khidmat pelanggan dan yang lebih penting, menangani apa sahaja isu secara profesional. Kami faham bahawa memberi perhatian kepada pelanggan bukanlah satu pilihan tetapi ia adalah keutamaan. Semakin banyak kami memenuhi keperluan pelanggan, semakin kami dapat melayani dan menyelesaikan masalah mereka," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. 
 
PROTON kekal momentum jualannya yang kian meningkat. Pada bulan Ogos lalu, sebanyak 9,127 unit dijual di seluruh negara, dan pertumbuhan sebanyak 36% dari tahun ke tahun, menjadikannya tertinggi antara lima jenama terkemuka di negara ini. PROTON turut optimis mengenai jualan dan yakin akan akhiri tahun ini dengan angka yang lebih tinggi. 
 
Di PROTON, setiap wilayah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding tahun lepas. Pantai Timur mencatat jualan yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 8%, dan di Pahang pula menyaksikan peningkatan sebanyak 10%. Model seperti Saga dan Persona kekal menjadi pilihan pembeli, manakala X70 pula menyumbang sebanyak 30% daripada jualan di negeri itu. 
 
Sehingga kini, PROTON mempunyai 102 cawangan 3S & 4S beroperasi di seluruh negara. 
 
"Kami akan meneruskan rancangan transformasi ini, dan berusaha untuk terus memenangi hati pelanggan. Diharapkan agar dengan adanya penambahan lebih banyak cawangan 3S&4S baharu di seluruh negara, sedikit demi sedikit akan mampu menarik lebih banyak pelanggan untuk memilih jenama kami," kata Li. 

 

- Tamat -

 

 
 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun