SIARAN AKHBAR

12 Sep 2019
PROTON 1 TANK ADVENTURE KINI KEMBALI!

Subang Jaya, 12 September 2019 – Penganjuran kedua PROTON 1 Tank Adventure, iaitu cabaran yang menjemput pemilik-pemilik Proton untuk meneroka pemandangan indah, budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia sambil memandu secara ekonomi, akan diadakan bermula 14 September 2019. Menawarkan hadiah bernilai lebih RM100,000 dan terdiri daripada tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir, para peserta yang terlibat adalah pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga 2019 serta para pengamal media dan selebriti.

 

Penganjuran kali pertama cabaran ini tertumpu pada kebanyakan jalan raya di Semenanjung Malaysia tetapi pada tahun ini, cabaran ini akan meliputi dua pusingan di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak. Pusingan akhir pula akan memperlihatkan satu perjalanan epik, iaitu dari Kota Bharu ke Johor Bharu menggunakan satu tangki minyak sahaja.

 

Mempamerkan kepelbagaian kereta Proton

Antara objektif utama penganjuran cabaran adalah untuk membuktikan kecekapan penggunaan bahan api pada kereta-kereta terbaharu Proton. Para peserta perlu memandu kereta mereka dengan merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas untuk mencapai penjimatan bahan api yang boleh digunapakai oleh pemandu lain dalam kegunaan harian mereka.

 

"PROTON ingin membuktikan kecekapan kereta Proton dengan memulakan perjalanan yang epik di seluruh negara. Angka-angka ini tidak akan diperolehi melalui perjalanan yang dirancang tetapi mengikut pada keadaan pemanduan harian seperti yang dilalui oleh para pemilik kereta yang lain. Para akhir cabaran ini, kami akan membuktikan bahawa rangkaian semasa kereta Proton mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang boleh membantu mengurangkan penggunaan kos," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.  

 

Cabaran ini turut menonjolkan penambahbaikan dilakukan PROTON pada model-model yang dilancarkan pada tahun ini iaitu Iriz, Persona dan Saga. Bermula dari sistem arahan suara Hi PROTON, peningkatan kualiti, penambahan sambungan Internet serta pelbagai ciri keselamatan yang komprehensif untuk sebuah kereta berharga kurang RM40,000, setiap model mempunyai ciri-ciri unik tersendiri untuk menarik minat sasarannya di pasaran.

 

"Melalui penganjuran 1 Tank Adventure ini, PROTON ingin mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan ketika membeli sebuah kereta. PROTON telah memperbaharui semua rangkaian keretanya pada 2019 dan ini merupakan peluang yang baik untuk kami menjelajah ke seluruh negara bagi mempamerkan hasil kerja keras kepada kepada semua. Dengan rekaan yang baharu, kualiti dan pengendalian yang lebih baik, keselesaan di dalam setiap perjalanan serta kelengkapan bertaraf tinggi dan nilai yang lebih menjimatkan, kami memiliki model-model yang sesuai dengan bajet dan keperluan setiap pembeli," tambah Dr Li Chunrong. 

 

Satu pertunjukan dinamik berkelas terkemuka

Sementara Iriz, Persona dan Saga 2019 memperkenalkan pelbagai ciri baharu, satu faktor lain yang turut menjadi tarikan ialah keupayaan pemanduan dinamik yang ada di dalam setiap model Proton. Barisan jurutera Syarikat telah memberi tumpuan pada keseimbangan pemanduan dan pengendalian setiap kereta yang direka di mana akhirnya menghasilkan kereta-kereta yang memberikan keseronokkan di dalam pemanduan.

 

Setiap peserta 1 Tank Adventure ini akan berpeluang menguji keupayaan keseimbangan tersebut di satu sesi pemanduan dinamik yang diadakan pada setiap pusingan. Mereka dikehendaki untuk melakukan manoeuvres di dalam keadaan persekitaran yang selamat dan terkawal dan ramai di antara mereka, akan merasai tekanan yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Tujuan latihan ini adalah untuk menunjukkan kepada peserta keupayaan yang ada pada kereta mereka sekaligus menguatkan lagi mesej bahawa PROTON memiliki pemanduan dinamik berkelas terkemuka.

 

Saga 2019: Gaya Mengujakan, Penjimatan Bijak, Kestabilan Mantap

Dilancarkan pada 6 Ogos 2019, Saga 2019 adalah pengenalan terkini dalam model itu sejak 34 tahun yang lalu. Lebih 2,000,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan juga di pasaran eksport, menjadikannya sinonim dengan sejarah PROTON. Keluaran terbaharu telah diperbaharui secara komprehensif dan didatangkan dengan ciri-ciri seperti skrin sentuh berwarna 7 inci, panel utama yang baharu, paparan kombinasi meter baharu dan 3 port pengecas USB. Perubahan yang dilakukan ini telah terbukti menarik perhatian pembeli kereta di Malaysia di mana dalam tempoh sebulan lebih, terdapat lebih daripada 13,000 tempahan diterima, sekaligus meneruskan sejarah kejayaan kereta Malaysia yang paling popular.

 

Persona 2019: Sambungan Tiada Tandingan, Fungsi Praktikal, Keselamatan Terbukti

Dengan lebih daripada 11,000 unit yang telah diserahkan kepada pelanggan sejak ia dilancarkan pada 23 April 2019, Proton Persona menjadi sedan segmen B terlaris bagi bulan Jun dan Julai tahun ini. Secara visual, reka bentuk luarannya yang terkini berbeza dengan reka bentuk terdahulu. Pada bahagian dalaman, PROTON memperkenalkan sistem infotainmen pintar iaitu ciri pertama di dalam kelas. Menggunakan kad eSIM, ciri ini menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara menerusi skrin sentuh 7 inci dengan paparan berwarna serta memori dalaman sebanyak 16GB. Digabungkan dengan harga yang memberi nilai penjimatan hebat serta pakej pelanggan yang komprehensif, model ini adalah pilihan tepat untuk keluarga yang mencari sebuah kereta bergaya, pelbagai fungsi dan memberikan sambungan maksima.

 

Iriz 2019: Sambungan Revolusionari, Reka bentuk terbaharu, Pemanduan responsif

Sebanyak 367 perubahan dilakukan pada Iriz 2019 berbanding model terdahulu, menunjukkan penambahbaikan yang besar dilakukan di dalam semua aspek. Model ini diberi rekaan baharu yang agresif di bahagian hadapan dan belakang serta menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang menjadikan model ini menonjol di jalan raya. Iriz ini juga dilengkapi sistem infotainmen yang turut ada pada Persona dan sekaligus turut menawarkan pilihan sambungan yang sama seperti model sedan itu. Dengan menggabungkan kualiti dan kemasan yang lebih baik dengan peralatan bertaraf tinggi dan sebuah keseronokan pada Iriz ini yang telah memenangi banyak peminat baharu, telah meningkatkan jualannya sebanyak tiga kali ganda berbanding model sebelum ini.

 

- Tamat -

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun