SIARAN AKHBAR

4 May 2020
PROTON MENGESAHKAN AKAN MEMBUKA SEMULA OPERASI PADA 5 MEI 2020

Subang Jaya, 4 Mei 2020PROTON mengesahkan akan kembali memulakan operasi pada 5 Mei 2020 selepas menerima kelulusan sepenuhnya dari pihak berkuasa. Kelulusan ini adalah untuk semua unit perniagaan korporat Syarikat. Sebilangan pusat jualan dan servis juga akan dibuka pada hari yang sama, namun, bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan tempatan. Atas sebab ini, tidak semua rangkaian PROTON akan beroperasi serta merta. Senarai rangkaian yang beroperasi boleh didapati di laman web syarikat di www.proton.com. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan jualan dan selepas jualan Syarikat, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun