SIARAN AKHBAR

21 May 2020
PROTON SERAH 5000 PELINDUNG MUKA KEPADA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Subang Jaya, 21 Mei 2020 – PROTON telah menyumbangkan sebanyak 5,000 pelindung muka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha untuk menyokong barisan hadapan yang bertugas dalam menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang tempoh cuti Hari Raya Aidil Fitri. Peralatan tersebut telah diserahkan di Putrajaya oleh Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON kepada Dato’ Jamil Rakon, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, yang menerima bagi pihak Kementerian Dalam Negeri.

 

- Tamat -

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun