SIARAN AKHBAR

29 Sep 2020
PROTON COMMERCE MENSASARKAN PENINGKATAN PINJAMAN KENDERAAN SUKU TERAKHIR 2020

Subang Jaya, 29 September 2020 –Syarikat pembiayaan automotif dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) menjangkakan pinjaman sewa-beli kenderaan akan terus meningkat pada suku terakhir 2020. Syarikat usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd dan CIMB Bank Berhad yang diasaskan pada 2003 ini, menawarkan pakej pinjaman pada kadar kompetitif serta pemprosesan pinjaman yang pantas untuk pembeli kereta Proton.

 

Pakej rangsangan PENJANA dan permintaan Proton X50 pemangkin peningkatan pinjaman sewa-beli

Sepanjang tiga tahun kewangan (FY2017- FY2019), industri sewa-beli kenderaan mengalami kadar peningkatan dalam lingkungan 1.0% ke 2.0%, selari dengan peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam negara. Walau bagaimanapun, untuk enam bulan pertama 2020, industry automotif menyusut hampir 1.0% disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melambatkan perkembangan ekonomi global serta menyebabkan penurunan jumlah keseluruhan industri.

 

Walaupun berhadapan dengan rintangan luaran, aset pinjaman Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (Compound Annual Growth Rate) PCSB kekal pada 21% dari tahun kewangan 2018 sehingga kini. Lagipun, pada bulan Julai 2020, PCSB mencatatkan peningkatan tinggi dalam sejarah di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah kontrak, merangkumi 15% daripada jumlah jualan PROTON dalam bulan tersebut.

 

Kejayaan ini dapat direalisasikan bukan hanya kerana kadar pinjaman kompetitif PCSB, tetapi disebabkan peningkatan jualan kenderaan Proton secara keseluruhannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, di mana pada hujung Ogos, PROTON telahpun menjangkau angka jualan tahunan berbandingan tahun 2019.  

 

“PCSB menjangkakan angka jualan sewa-beli untuk industri akan meningkat pada separuh tahun kedua 2020 bersandarkan pakej rangsangan PENJANA kerajaan yang memberi pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020. Kami juga menjangkakan peningkatan jualan berdasarkan minat orang ramai terhadap Proton X50 yang bakal dilancarkan, yang mana, akan memberi impak untuk suku terakhir 2020, dan juga besar kemungkinan untuk tahun 2021,” kata Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce Sdn Bhd. 

 

Faktor peningkatan lain dalam suku terakhir termasuklah pengurangan Kadar-Dasar-Semalaman (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara yang membenarkan PCSB menawarkan harga kompetitif kepada pelanggan. PCSB kini menawarkan kadar pinjaman 2.19% untuk Proton X70, antara yang terendah, atau sama, dengan institusi kewangan lain di pasaran. 

 

“Sebagai institusi kewangan untuk kereta Proton, PCSB komited menawarkan kadar pinjaman kompetitif untuk pelanggan Proton. Dalam usaha PROTON merancakkan jualannya, PCSB akan memainkan peranan penting untuk membolehkan lebih ramai pelanggan untuk memiliki kereta buatan Malaysia,” tambahan Mooi

-End-

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun