SIARAN AKHBAR

2 Sep 2020
JUALAN PROTON KEMBALI MENUJU SASARAN TAHUN 2020

Subang Jaya, 2 September 2020 – Jualan kereta di Malaysia terus meningkat pada bulan Ogos di mana Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 50,000 unit buat bulan kedua berturut-turut. Meskipun cuti umum telah mengurangkan jumlah hari bekerja, namun pelanggan terus menunjukkan pemintaan yang tinggi oleh kerana insentif jualan tanpa cukai membolehkan jenama automotif mencapai jualan yang tinggi untuk mengukuhkan prestasi mereka pada tahun ini.

 

PROTON mencatatkan bulan penjualan terbaik yang kedua pada tahun 2020 dengan jualan sebanyak 11,378 unit, penurunan 14% dari bulan Julai tetapi peningkatan sebanyak 24.7% berbanding bulan yang sama pada tahun 2019. Pegangan pasaran untuk bulan ini dianggarkan berada pada 21.6% manakala angka sejak awal tahun sehingga kini dianggarkan sebanyak 21.7%. Tiga model kereta PROTON berjaya mendahului jenama lain di segmen masing-masing manakala secara keseluruhan, jualan kini telah mendahului angka tahun lepas sebanyak 46 unit.

 

PROTON mengatasi jualan 2019 dengan tiga model mendahului segmen masing-masing

Dengan pencapaian jualan sebanyak 61,672 unit setakat bulan Ogos pada tahun 2020, PROTON telah mengatasi jumlah jualan tahun lepas dalam tempoh yang sama sebanyak 46 unit. Pencapaian ini amat bermakna kerana jualan kenderaan terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Mac, April dan Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19.

 

Tiga model Proton berjaya mendahului jenama lain dalam segmen masing-masing. Proton Persona dan Proton Exora sekali lagi mencatat jualan tertinggi dan berjaya mempertahankan kedudukannya walaupun menghadapi persaingan sengit dari jenama lain. Sementara itu, Proton X70 kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia, terus menerajui segmen ini.

 

“Pemulihan jualan PROTON setelah mengalami PKP amat mengagumkan kerana kami hanya menggunakan tiga bulan untuk kembali ke landasan yang betul. Dengan pencapaian jualan kini telah mengatasi prestasi tahun 2019, pihak PROTON yakin boleh menangani cabaran dari wabak COVID-19. Kesan yang positif terhadap syarikat, pekerja dan pembekal tidak boleh dipandang rendah dan kami berharap untuk meneruskannya sehingga akhir tahun untuk memberikan impak yang besar terhadap ekosistem industri automotif,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Ogos 2020 – Prestasi model PROTON

 

Model

Unit Jualan

Pencapaian Jualan dalam bulan Ogos 2020

Saga

4784

  • Menduduki Tempat Kedua bagi sedan segmen A
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Persona

2411

  • Menduduki Tempat Pertama bagi sedan segmen B
  • Jualan tertinggi ketiga dalam tahun 2020

Exora

630

  • Menduduki Tempat Pertama bagi MPV segment C
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Iriz

762

  • Menduduki Tempat Ketiga bagi segmen B hatchback

X70

2791

  • Menduduki Tempat Pertama bagi semua kategori segmen SUV
  • Jualan tertinggi ketiga sejak pelancaran

Jumlah

11,378

 

 

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun