SIARAN AKHBAR

26 Nov 2021
PROTON LANCARKAN GALERI JENAMA BAHARU

- “Gallery of Inspiration” (Galeri Inspirasi) merupkana langkah seterusnya dalam perjalanan penjenamaan semula PROTON

Subang Jaya, 26 November 2021 - Pembuat kenderaan nasional PROTON hari ini telah melancarkan galeri jenama baharunya. Dijenamakan sebagai “Gallery of Inspiration” (Galeri Inspirasi) dan terletak di kompleks Centre of Excellence, ia merupakan langkan seterusnya didalam perjalanan penjenamaan semula syarikat yang bermula pada tahun 2019. Galeri ini akan dibuka kepada orang awam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30am – 5.30pm.

 

Terbahagi kepada beberapa zon, Galeri Inspirasi mempamerkan sejarah PROTON, keterlibatan mereka yang berkait secara langsung dengan industri automotif Malaysia, rangkaian domestik dan antarabangsa, serta teknologi masa kini dan masa hadapan yang dipersembahkan secara tersusun dan menggunapakai teknologi seperti “virtual reality” (VR) dan “augmented reality” (AR) untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan. Ia turut menampilkan outlet “Proton Café” yang pertama dan koleksi model kereta bersejarah Proton untuk tatapan peminat dan kebanyakan pelawat.

 

“Sebagai pembuat kereta pertama di negara ini, sejarah PROTON dan automotif di Malaysia adalah saling berkait rapat. Kami telah banyak mencapai kejayaan serta memperkenalkan pelbagai inovasi saban tahun maka perjalanan tersebut dengan bangganya dipamer dan dikongsikan di Galeri Inspirasi tersebut. Dalam masa yang sama, produk kami telah berkembang dengan pantas beberapa tahun kebelakangan ini, jadi kami ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan kepada pembeli apa yang akan ditawarkan pada masa hadapan dan apa yang mereka boleh jangkakan dari PROTON,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

Pemilihan lokasi galeri jenama di Centre of Excellence membolehkan pelawat untuk merasai pengalaman sebenar pusat sehenti yang turut mempunyai pusat Pameran Kristal, dimana mereka boleh melihat, pandu uji, dan membuat tempahan produk terkini, serta Centre of Service Excellence, pusat servis utama bagi semua model Proton.

 

“Kami telah membuat pelaburan bagi Galeri Inspirasi dan penambahan informasi akan dilakukan seiring dengan perjalanan PROTON dengan kemasukan model baharu. Bekenaan namanya, kami berharap pelawat akan mendapat inspirasi dari cerita perjalanan kami, dan ini dapat memberikan percikan api semangat untuk perjalanan diri mereka walau apapun bidang yang diceburi. Sudah tentu, ia juga berkait dengan slogan kami iaitu “Inspiring Connections” dan membantu dalam menguatkan penceritaan jenama dan penyampaian mesej kepada pelanggan kami,” tambah Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun