- Memorandum Perjanjian untuk melantik Proton Edar sebagai pengimport dan pengedar kenderaan smart di Malaysia dan Thailand
Subang Jaya, 19 Januari 2022 - Pengeluar kereta nasional PROTON menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN yang kini giat berkembang.
Perjanjian ini melihat kedua-dua pihak bekerjasama melalui Proton Edar yang dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, (anak syarikat milik penuh smart Automobile) akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.
Majlis tandatangan Memorandum Perjanjian ini diadakan secara maya dengan Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, dan Ulf Nestler, Naib Presiden Kewangan, smart Automobile sebagai wakil untuk syarikat masing-masing. Majlis itu juga disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, Tong Xiangbei, Ketua Pegawai Eksekutif, smart Automobiles dan Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
“Dengan menandatangani perjanjian ini, Proton akan mengambil langkah pertama dalam perlaksanaan strategi NEV kami. Perjanjian dengan smart ini membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat. Ini juga merupakan peluang untuk bermanfaat daripada pangkalan pelanggan smart dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton,” kata Dato’Sri Syed Faisal Albar.
Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit Kenderaan Tenaga Baru akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025. Dengan portfolio produk NEV baru yang akan dilancarkan dalam tahun-tahun yang akan datang, smart akan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan ini.
“Dengan strategi perniagaan “dual-home” (Eropah and China), syarikat telah pun meliputi dua pasaran automotif utama di dunia. Kini, sebagai rancangan perniagaan berpandangan ke hadapan, kami akan berganding bahu dengan PROTON di Asia Tenggara. Perjanjian ini akan membolehkan kami memasuki pasaran Malaysia dan Thailand lebih awal sebagai pasangan strategik serantau. PROTON mempunyai reputasi korporat kelas pertama, pengalaman yang luas, dan pengetahuan operasi tempatan yang amat berharga. Kami berharap kerjasama ini dapat memberi pengalaman baru kenderaan elektrik yang premium dan pintar kepada pengguna di Asia Tenggara,” kata Tong Xiangbei.
Perjanjian dengan Proton Edar membolehkan smart membina rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan Thailand, dan juga sebagai pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk kenderaan smart di pasaran tempatan. Pada masa ini, tiada rancangan untuk bekerjasama di luar prinsip perjanjian yang disetujui.
Mengenai PROTON
PROTON Holdings Bhd bermula sebagai projek kereta nasional pertama di Malaysia, yang diasaskan dengan tujuan memesatkan pembangunan ekonomi Malaysia dan mewujudkan asas yang kukuh untuk industri automotif tempatan. Pada tahun 2017, PROTON bergerak ke fasa seterusnya untuk menjadi jenama automotif moden dan bertaraf global melalui kerjasama antara DRB-HICOM dan Zheijiang Geely Holding Group. Hari ini, PROTON terus menarik minat pelanggannya dengan penghasilan kereta yang menepati janji jenamanya iaitu ‘Inspiring Connections’ dan berdiri teguh dengan nilai terasnya untuk sentiasa mementingkan Teknologi Inovatif, Kobolehpercayaan dan bertaraf Antarabangsa.
Mengenai smart Automobile
Ditubuhkan pada 2019, smart Automobile Co. Ltd. ialah usaha sama global antara Mercedes-Benz AG dan Geely Automobile Group dengan kedua pihak memanfaatkan sinergi dalam R&D, pembuatan dan rantaian bekalan untuk memajukan smart sebagau jenama automobil elektrik premium dan teknologi yang terkemuka di dunia. Generasi baharu kenderaan smart direka oleh rangkaian Mercedes-Benz Design dan dibangunkan oleh rangkaian kejuruteraan smart serta produk yang akan berkembang ke lebih segmen. SUV pertamanya akan dilancarkan pada tahun 2022 dan akan dijual di pasaran sedunia. Untuk menyokong operasi sedunianya, smart telah menubuhkan pusat jualan di China dan Germany.
- Tamat -