JAMINAN PROTON.
JAMINAN KAMI.
WARANTI PERLINDUNGAN ASAS
Tempoh Waranti Perlindungan Asas adalah 5 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan atau 150,000 km, mengikut mana yang terdahulu. Proton akan memberi jaminan dari segi baik pulih atau penggantian alat ganti PROTON secara percuma mengikut kesesuaian jika terdapat kecacatan atau kerosakan material atau hasil kerja jika ia digunakan secara penggunaan biasa. Perlindungan ini tidak boleh digunakan bagi barangan yang tersenarai untuk ‘Perlindungan Waranti Istimewa’ dan ‘Apa yang tidak Dilindungi oleh Waranti’.
WARANTI PERLINDUNGAN ALAT GANTI
Semua Alat Ganti Tulen PROTON yang dibeli oleh pelanggan dari Pusat Servis Proton dijamin daripada kecacatan material untuk tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian atau 10,000 km perjalanan, mengikut mana yang terdahulu (Tempoh Waranti). Penggantian Alat Tulen sewaktu Tempoh Waranti akan dijamin sehingga tarikh luput Tempoh Waranti kenderaan.
WARANTI PERLINDUNGAN TERTENTU
Barangan berikut dilindungi mengikut terma dan syarat waranti yang tertentu, di mana Waranti Perlindungan Asas seperti yang dikatakan di atas tidak diterima. Variasi dalam perlindungan waranti untuk barangan tertentu komponen atau mengikut kelas komponen perlu diambil kira berdasarkan faktor haus dan lusuh akibat penggunaan, operasi dan fungsi:
1. 1. Komponen berikut dilindungi oleh waranti selama 10 tahun dari tarikh pertama pendaftaran dilakukan atau 250,000 km, mengikut yang mana terdahulu:
- 1.1. 1.1 Sistem Tingkap Automatik (Power Window)
- 1.1.1. Pengawal atur Tingkap Automatik
- 1.1.2. Suis-suis tingkap automatik
- 1.1.3. Motor tingkap automatik
- 1.1.4. Getah tingkap automatik
2.1. ENJIN
Pemerum tegangan tinggi/kabel, semua kabel termasuk pemasangan abah-abah, hos dan tiub, pengapit dan klip, pemegang enjin, minyak enjin, penyimpan minyak, gelang omboh, kedap minyak, palam teras, penafas, pemasangan caj turbo, sensor dan galas.
2.2. TRANSMISI
- Transmisi Manual - Semua kabel dan bush getah, pemegang kotak gear dan bearing.
- Transmisi Automatik - Semua kabel (termasuk pemasangan wayar abah-abah), paip, hos, pemegang, bush getah, sensor dan bearing.
- Continuous Variable Transmission (CVT) - Semua kabel termasuk pemasangan wayar abah-abah, paip, hos, pemegang, bush getah, sensor, bearing dan tali CVT.
2.3. RANGKAIAN PEMACU
Semua klip, but getah dan mounting.
2.4. SISTEM PENYEJUK
Semua hos, pengapit, klip dan penutup radiator.
2.5. SISTEM BAHAN API
Semua hos, pengapit, klip, penyalur minyak, gasket dan geganti.
2.6. SUSPENSI HADAPAN DAN BELAKANG
Semua paip dan hos, penyerap kejutan, topang, Kawalan Arm bawah dan hadapan dan bush.
2.7. SISTEM STERENG
Semua paip dan hos, klip but getah, rak & pinan, bush rak stereng dan saluran kawalan.
2.8. SISTEM BREK
Semua paip, hos, cakera rotor, dram brek, hab hadapan, sistem brek parkir (termasuk penghubung) dan semua kabel.
2.9. SISTEM ELEKTRIK
Semua kabel, geganti, hon, pelarasan mekanisme lampu utama, alat kawalan jauh, sistem penggera dan sistem jarak mengundur.
2.10. SISTEM PENYAMAN UDARA
Bearing, bahan tampal, takal, hos, kabel dan suis.
2.11. RUANG DALAMAN
Sistem Pengekangan Tambahan (SRS), semua kabel, barangan trim lembut dan logam terang & trim.
2.12. RUANG LUARAN
Semua kabel, barang trim lembut dan logam terang & trim serta penyahwarnaan cat.
2.13. AUDIO VISUA & SISTEM NAVIGASI
Sistem Audio DVD, GPS dan Kamera.
3. Komponen-komponen berikut dilindungi oleh waranti selama 1 tahun daripada tarikh kenderaan didaftarkan atau 20,000 km, mengikut mana yang terdahulu:
3.1 Sistem Ekzos
3.2 Bateri
4. WARANTI CEGAH PENEMBUSAN
Proton akan membaiki atau menggantikan bahagian badan logam yang menyebabkan lubang (lubang yang tembus ke dalam badan kenderaan) kerana karat dari dalam hingga ke luar badan kenderaan secara percuma untuk tempoh 7 tahun dari tarikh kenderaan Proton anda mula didaftarkan, bergantung pada terma dan syarat.

APA YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH WARANTI
1. Kenderaan yang tidak menjalani servis berkala yang ditetapkan di dalam Buku Servis.
2. Sebarang servis yang dilakukan oleh pihak ketiga selain pusat servis Proton yang sah.
3. Pembaikpulihan dan pengubahsuaian oleh penyelenggaraan yang tidak sempurna atau tidak memenuhi standard servis yang ditetapkan di dalam buku servis, manual pemilik Proton dan manual bengkel Proton.
4. Pembaikpulihan dan pengubahsuaian yang disalahgunakan (cth. berlumba, lebih muatan dan menggunakan kenderaan secara di luar kebiasaan), kemalangan, kecuaian, modifikasi, pengubahan, membega, mencabut wayar atau komponen dan pengubahsuaian serta pembaikpulihan yang tidak sesuai.
5. Pembaikpulihan dan pengubahsuaian atas penggunaan alat ganti yang tidak tulen, pelincir atau bahan tambahan yang tidak disahkan oleh PROTON.
6. Penggantian alat ganti yang haus dan lusuh di bawah servis penyelenggaraan servis berkala biasa seperti palam pencucuh, tali sawat pemasaan (termasuk tali sawat pemanduan, bahagian hadapan dan belakang), bilah pengelap, pelapik brek dan pad, kepit, mentol, fius, penapis, gas bahan penyejuk, receiver drier, pelincir dan cecair tidak dilindungi kerana ia akan diganti sewaktu servis penyelenggaraan kecuali benar-benar terdapat kerosakan atau kecacatan yang jelas terhadap mutu kerja.
7. Kadar tenaga kerja, alat ganti dan/atau pelincir untuk penyelenggaraan servis seperti pemeriksaan diagnostik, penalaan enjin, pembersihan sistem penyejukan dan sistem bahan api dan membuang minyak kotor, pemeriksaan dan pengubahsuaian brek, kepit, tali sawat pemasaan, tali sawat auksiliari pemanduan bahagian hadapan dan belakang, pengimbangan roda, pemutaran roda, pengubahsuaian mentol dan lampu tinggi serta servis penyelenggaraan yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan.
8. Mana-mana penghakisan kosmetik disebabkan serpihan batu atau calar pada cat, haus dan lusuh atau kemerosotan seperti penyahwarnaan, pemudaran, kecacatan atau kabur.
9. Kerosakan atau permukaan terhakis akibat daripada persekitaran seperti hujan berasid, luruhan enapan udara, tindak balas kimia contohnya pengaruh air laut di sepanjang pantai, sap pokok, garam, batu, ribut angin, kilat, banjir, kumbahan burung, emisi perindustrian, habuk simpanan perindustrian, debunga, dan kejadian semulajadi.
10. Alterasi yang tidak disahkan, mengacau atau mengubah odometer kenderaan, yang akan menyebabkan perbatuan (mileage) tidak tepat dan tidak boleh dipastikan.
11. Sebarang kerosakan kepada kaca seperti pecah, calar, kemasan tepi menyerpih atau herotan optik akibat daripada apa sahaja kecuali kecacatan daripada kemahiran kerja atau ia telah terbukti kerana masalah pembuatan.
12. Kerosakan insidental dan berlanjutan tapi tidak terhad pada panggilan telefon, teksi atau caj kereta sewa, tunda kereta, minyak, bil-bil hotel, kehilangan masa, dan kesulitan atau kehilangan harta perniagaan.
13. Kecacatan akibat daripada penyimpanan yang tidak sempurna pengedar, penyengaraan dan servis asas yang tidak tepat dan kecacatan yang ditemui selepas anda telah memeriksa dan mengesahkan resit kenderaan baru anda semasa proses penghantaran.
14. Kecacatan peralatan, peranti dan aksesori selain daripada, yang telah ditentukan dan ditetapkan untuk kenderaan tertentu oleh PROTON, dan sebarang kecacatan yang menyebabkan penggunaan peralatan yang tidak ditentukan, peranti dan aksesori.
15. Sebarang perubahan yang berlaku kepada kenderaan dalam tempoh masa tertentu digunakan secara di luar kebiasaan walaupun sedikit yang memberi kesan terhadap kualiti atau fungsi kenderaan atau alat ganti, fenomena fungsi dan kecacatan yang terlihat ketika operasi tertentu ataupun yang di luar kebiasaan. Nota: Contoh biasa adalah seperti, kejadian yang di luar kebiasaan yang tidak diiktiraf menyebabkan kualiti atau fungsi kenderaan atau fungsi alat ganti atau fenomena fungsi alat ganti adalah seperti berikut:
- Kebocoran minyak atau cecair lain berhampiran tampalan minyak, muatan dan penyambungan yang terlalu sedikit yang menyebabkan kekurangan jumlah tertentu cecair.
- Bunyi-bunyian yang sedikit atau getaran yang sedikit yang tidak mengganggu operasi kenderaan atau fungsi komponen.