Simbol harimau mengaum menggambarkan semangat dan komitmen kami. Kemas dan sederhana, logo yang telah berevolusi ini mewakili sejarah transformasi PROTON. Ia mencerminkan kesediaan kami untuk menghadapi cabaran baru pada masa hadapan. 
Sentiasa bersemangat dan kekal komited, lebih kuat dan lebih berani, seperti yang tersemat dalam janji jenama kami iaitu Kualiti, Keselamatan dan Nilai.