MENYEMPURNAKAN
HASIL KERJA KAMI
Kompleks Pembuatan Shah Alam
Di sinilah segalanya bermula. Kilang pembuatan kami yang pertama dibuka pada tahun 1985, dan mengeluarkan Saga, kereta kebangsaan yang pertama. Sejak itu, kami telah mengembangkan tapak kilang dengan menambah beberapa kemudahan baru. Kompleks bangunan yang didedikasikan untuk pemesinan dan pemasangan enjin, bagi membuat dan memasang blok silinder, aci engkol dan aci sesondol untuk enjin CamPro.Di samping menjadi kilang utama, kompleks pembuatan Shah Alam juga berfungsi sebagai Kilang Volum Sederhana (MVF).
Kompleks Pembuatan Tanjung Malim
Pada tahun 2004, kilang kami di Tanjung Malim secara rasmi memulakan operasi. Kami membina kilang ini bagi membolehkan kapasiti produksi kami dipertingkatkan, untuk memenuhi permintaan kenderaan Proton. Kapasiti tahunannya mencecah 150,000 unit. 60% daripada proses di kilang Tanjung Malim beroperasi secara automatik, bagi memastikan kecekapan dan keselamatan proses pembuatan. Ini membolehkan tenaga buruh dan mesin bekerja secara harmoni, selamat dan efektif.Kawasan bersaiz 250 ekar ini terdiri daripada 5 bangunan utama: Enjin & Transmisi (ETM), Stamping, Pemasangan Badan, Mengecat dan Trim, dan Pemasangan Terakhir. Bagi memastikan inovasi yang berterusan, bangunan-bangunan ini dilengkapi dengan sistem Kawalan Barisan Automatik bagi mengelakkan keralatan. Sistem ini membantu pekerja untuk meningkatkan kualiti pemasangan dan kecekapan produksi. Dengan memperbaiki kualiti sedia ada di kompleks pembuatan Shah Alam, kemudahan baru ini berkebolehan menghasilkan pelbagai produk di bahagian yang memasang kenderaan pada 3 buah platform berlainan.
Kilang-kilang Komponen
Kilang pengacuan kami di Glenmarie buat masa ini menghasilkan komponen berlogam seperti aluminium, besi tuangan mentah, blok silinder, aci engkol dan tukup galas.Di kilang Enjin & Transmisi, kami melakukan pemesinan blok silinder, kepala silinder, aji engkol, aci sesondol, tukup galas, spindel stereng, peti transmisi dan perumah cekam secara kompetitif untuk memenuhi permintaan produksi CBU dan CKD.
Kilang Stamping kami merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Ini merupakan tapak kepada beberapa buah mesin penekanan, bersaiz di antara 400 tan sehingga 4,600 tan. Ia membolehkan kilang untuk menghasilkan hingga 9 jenis kelengkapan stamping berlainan.