Sejarah kami bermula pada tahun 1979 semasa bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengilhamkan satu visi: untuk mencipta kereta kebangsaan yang pertama. Satu cabaran yang terpahat dalam sejarah negara hingga ke hari ini. Pada tahun 1983, PROTON ditubuhkan, menjadi asas kepada industri automotif kebanggaan negara.

Kereta kebangsaan pertama, Proton Saga, dilancarkan untuk kegunaan umum. Sebuah impian yang tidak mungkin dapat dikecapi kebanyakan negara, PROTON menjadikan ia realiti dengan menghasilkan kereta 100% milik Malaysia. Sejak penubuhannya, PROTON telah menjadi entiti penting dalam memajukan ekonomi negara dengan membuka ruang bagi perkembangan pemindahan teknologi, perkongsian strategik dan kerjasama teknikal. Kini, dengan kerjasama rakan niaga strategik kami, Geely, PROTON terus menghasilkan reka bentuk dan pembuatan kereta sambil melakar landskap baru untuk industri automotif Malaysia, dan tetap bercita-cita untuk berkembang pesat di persada antarabangsa.

BERITA TERKINI

5 DEC 2022
PROTON MENGHASILKAN ENJIN 1.5 TGDI KE-10,000 DI TANJUNG MALIM

Sasaran dicapai dalam tujuh bulan sejak pengeluaran bermula pada bulan April. 126,682 unit jualan YTD pada bulan November adalah tertinggi dalam hampir sembilan tahun.

23 NOV 2022
PROTON AKAN BUKA PUSAT ALAT GANTI SERANTAU BAHARU DI KUCHING

Kemudahan baharu seluas 28,000 kaki persegi dibina untuk pelanggan di Malaysia Timur. Jualan di Malaysia Timur tetap bertambah berikutan pelancaran model siri X

3 NOV 2022
PROTON MENGATASI JUMLAH JUALAN 2021 DUA BULAN SEBELUM AKHIR TAHUN

115,366 unit merupakan jumlah jualan tertinggi dalam tempoh lapan tahun. Hampir 50,000 SUV Proton diserahkan tahun ini sementara X70 bakal meraikan harijadi ke-4