MOTORSPORTS
Semangat sukan permotoran kami telah dipupuk sejak peringkat awal penubuhan PROTON. Kami mula melibatkan diri di arena permotoran dengan penubuhan Pasukan Lumba EON Petronas (PERT) pada lewat 80-an, satu kerjasama yang berjaya di antara Petronas dan EON. Kami mula memasuki perlumbaan litar, dan beralih secara perlahan ke acara rally. Prestasi dan daya tahan kereta Proton membantu kami untuk memenangi perlumbaan di dalam kelas yang berlainan - di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Kemuncak kejayaan PERT tiba pada tahun 2002, semasa Karamjit “Flying Sikh” Singh dan pemandu pembantu Allen Oh menjuarai Kejohanan Rally Dunia Kereta Produksi FIA bagi kategori Kereta Produksi.
Setahun kemudian, Bahagian Sukan Permotoran Proton, atau Proton R3 ditubuhkan pada 2003 untuk meneroka potensi yang lebih mencabar. Kami menyedari jika kami ingin terus mencapai kejayaan di dalam perlumbaan dan rally tahap tertinggi, kami perlu menyelidik dan membangunkan komponen prestasi bagi menaik taraf kenderaan kami.
Pada waktu itu, kami sedar langkah proaktif perlu diambil untuk mengekalkan status kami di persada sukan permotoran, dan pada tahun 2004 Pasukan R3 Race/Rally telah ditubuhkan. Pasukan ini bertanding di litar tempatan dan acara rally dan memenangi banyak kejuaraan seperti Perlumbaan Ketahanan (endurance race) Milenium Merdeka, Kejuaraan Rally Malaysia, Kejuaraan GT FIA dan Kejuaraan GT Jepun.
Pada tahun 2010, selepas bertahun menimba pengalaman, penyelidikan dan ujian akhirnya membuahkan hasil. Kami mengejutkan dunia sukan permotoran dengan mengeluarkan kereta rally Satria Neo S2000 yang kini bertaraf legenda. Dengan semangat yang membara dan keazaman tinggi, kami berjaya menguasai arena rally dunia dengan menjuarai kejuaraan ikonik Eropah di Sweden dan Finland.
Momentum kami berterusan sehingga tahun 2011. Kereta Satria Neo S2000 terbukti sebagai kuasa baru apabila ia berjaya memenangi 8 kejuaraan di Kejuaraan Rally Asia Pasifik FIA, melalui beberapa buah litar dengan permukaan bumi yang paling mencabar di dunia.
Proton R3 tidak mudah berpuas hati dan terus mengorak langkah untuk mendominasi perlumbaan ketahanan. Bergantung kepada daya tahan dan kekuatan kereta Proton, usaha para pemandu dan jurutera yang konsisten, dan semangat jitu oleh semua yang terlibat, pasukan ini telah berjaya merangkul kejuaraan di Perlumbaan Sepang 1,000km (S1k) pada tahun 2012, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019.