PERLUMBAAN
ITU NADI KAMI
TENTANG PROTON R3
PROTON R3: RACE. RALLY. RESEARCH
Pada tahun 2003, sekumpulan pekerja yang berdedikasi di PROTON mengambil inisiatif untuk menubuhkan Bahagian Sukan Permotoran PROTON. Berbekalkan semangat teguh, Proton R3 dilahirkan dengan kepakaran dalam penyelidikan, pembangunan dan penghasilan kereta lumba edisi terhad dan alat ganti berprestasi.Proton R3 tidak mengambil masa yang lama untuk menempa nama. Pasukan R3 berkembang dengan kerjasama daripada pihak jurutera, bahagian pembangunan produk, jualan & pemasaran, perhubungan awam dan komunikasi. Kami merupakan satu bahagian yang bergerak dengan berbekalkan semangat dan minat mendalam terhadap sukan permotoran. Didorongi oleh slogan kami iaitu “Mentafsirkan Semula Batas-batas”.
Bagi meneruskan keinginan dan semangat yang membara, kami mengubah kereta Proton daripada kegunaan harian, kepada mesin perlumbaan permotoran yang sesuai digunakan untuk perlumbaan di litar ataupun rally (Kumpulan Proton R3). Kami juga berkongsi keghairahan ini bersama peminat dengan menjual alat ganti untuk prestasi, aksesori dan model kereta khas yang kami bangunkan.
PEMANDU
DI SEBALIK PEMANDUAN
Apabila kami memutuskan untuk menceburkan diri dalam perlumbaan litar dan rally, kami sudah mempunyai sekumpulan jurutera berkepakaran tinggi. Kami hanya memerlukan seorang pemandu untuk melengkapkan perlumbaan dan mencecah garisan penamat sepantas yang mungkin. Dengan itu, kami mulakan pencarian untuk menemui seorang pemandu yang berpengalaman tinggi. Tekanan semakin membina dan semua pihak menaruh harapan yang tinggi.Pemandu kami semuanya mempunyai semangat yang sama seperti keseluruhan pasukan sukan permotoran kami. Yang penting sekali, mereka menyertai kami kerana kereta Proton merupakan kenderaan yang bagus dan tahan lasak. Pada hari yang tiada perlumbaan, mereka menguji dan memperbaiki kereta lumba dan rally bersama pasukan kami. Penanda aras yang tinggi telah ditetapkan, dan mereka inilah yang mengemudi pasukan kami ke puncak kejayaan.
ADMI SHAHRUL
Pasukan Perlumbaan Proton R3
Selangor
Pengajar Pemanduan Lanjutan Profesional
Sekolah Lumba Kereta Petak Pertama
Juara Perlumbaan Sepang 1000KM 2017
Juara Perlumbaan Merdeka 2002
FARIQE HAIRUMAN
Pasukan Perlumbaan Proton R3
Johor Bahru
Pemandu GT Profesional dan kereta Touring
Juara Kejohanan Siri Perlumbaan Malaysia 2015
Juara Siri Ketahanan Super Taikyu (Jepun) 2008
Juara Kereta Touring Asia 2007
Juara Perlumbaan Merdeka (Kelas C) 2007
Juara Perlumbaan 6 Jam New Zealand 2006
Juara Perlumbaan 6 Jam New Zealand 2003
JAMES VEERAPEN
Proton R3 Race Team
Selangor
Business Owner
2011 Malaysian Rally Championship 2wd Champion.
2011 Malaysian Rally Championship Junior Champion
2011 5th Overall, Malaysian Rally Championship
2011 P10 & P11, Malaysian Rally Champion
2012 3rd, FIA Asia Pacific Rally Championship – 2WD Drivers Cup
2012 2nd, FIA Asia Pacific Rally Championship – Junior Cup
2013 1st, 2WD & P10 Malaysian Rally Champion
SYAFIQ ALI
Pasukan Perlumbaan Proton R3
Johor Bahru
Pemilik Perniagaan
Juara Siri Super Malaysia 2013
Juara Perlumbaan 10000KM Sepang 2012
Juara Siri Super Malaysia 2012
Juara Siri Kereta Touring Asia 15000Max 2008
Juara Perlumbaan Merdeka Kelas B 2008
KARAMJIT SINGH
Pasukan Perlumbaan Proton R3
Kuala Lumpur
World Champion – FIA Production World Rally Championship 2002
Champion – 2WD - FIA Asia Pacific Rally Championship 2011-2012
Champion – FIA Asia Pacific Rally Champion 2000, 2001,2002,2004
11(eleven) times Malaysian National Champion - Rally Driver
Champion – Malaysian MME Endurance Circuit Race 2000
1st. runner-up – India Rally Championship 1999
Champion – Thailand Rally Championship 1998
KENNETH KOH
Pasukan Perlumbaan Proton R3
Selangor
Pemilik Perniagaan
2011 Malaysian Rally Championship 2wd Champion
2011 Malaysian Rally Championship Junior Champion
2011 5th Overall, Malaysian Rally Championship
2011 P10 & P11, Malaysian Rally Champion
2012 3rd, FIA Asia Pacific Rally Championship – 2WD Drivers Cup
2012 2nd, FIA Asia Pacific Rally Championship – Junior Cup
2013 1st, 2WD & P10 Malaysian Rally Champion
MEREKA YANG MENYOKONG MINAT KAMI.
Sukan permotoran merupakan sesuatu yang dipandang serius. Kami tidak mungkin mengecapi kejayaan tanpa sokongan daripada rakan niaga kami.