REKA BENTUK
RUANGAN YANG MEMUKAU.
Dari setiap sudut, Exora dilengkapi dengan ruang dan gayanya tersendiri. Dihiasi dengan bumbung hitam yang diperhebat dengan dua jenis roda aloi serta lampu siang LED membuatkan Exora tampil lebih menarik, bersedialah untuk pemanduan penuh gaya, lancar dan selesaBumbung Hitam* dan Antena Sirip Jerung
MPV anda ternyata lebih memukau dengan bumbung hitam serta reka bentuk antena sirip jerung
*Untuk varian Premium sahajaSpoiler Belakang
Kereta anda pasti kelihatan lebih hebat dengan spoiler belakang yang bergaya
*Untuk varian Premium sahajaDua Jenis Roda Aloi
Gaya sporty yang mengancam kini milik anda dengan dua reka bentuk roda aloi menarikSkirting di Bahagian Sisi
Skirting di bahagian sisi kereta membuatkan reka bentuk Exora nampak lebih gagah dan anggun
*Untuk varian Premium sahajaLampu Siang LED
Tidak kira sama ada malam atau siang, Lampu Siang LED kami akan sentiasa menyerlah ketika dalam keadaan cerah mahupun gelap
*Untuk varian Premium sahajaKombinasi Meter Baharu
Dengan reka bentuk baharu yang lebih bersinar, kombinasi meter kami mempunyai rupa tersendiriUpholsteri Dalaman Baharu
Selesa dan bergaya dengan rekaan fabrik baharu yang boleh didapati pada semua varianCermin Pandang Belakang Luas
Lihat lebih lagi daripada apa yang ada di belakang anda dengan cermin pandang belakang yang kini lebih luasPenapis Kabin N95
Menapis partikel asap, habuk, bakteria dan bahan pencemar lain untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kabin
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
UNIT INFOTAINMEN PINTAR
TERAS KERIANGAN.
Perjalanan sempurna bermula daripada terasnya. Tetapkan mood perjalanan anda dengan hiburan mengikut pilihan anda serta ciri-ciri navigasi yang memastikan perjalanan sentiasa menyeronokkanSkrin Sentuh 7” dengan Sambungan 4G, Wi-Fi* dan Bluetooth
Dendangkan lagu kegemaran anda dan jawab panggilan dengan selamat ketika dalam perjalanan menerusi skrin sentuh berwarna dengan sambungan 4G yang lengkap
*Untuk varian Premium sahajaArahan Suara
Tetapkan destinasi, pilih lagu, atau semak ramalan cuaca, masa dan tarikh dengan hanya menggunakan suara anda
*Untuk varian Premium sahajaStrim Muzik Atas Talian
Pelbagai pilihan muzik disediakan mengikut kesesuaian. Gunakan aplikasi penstriman muzik atas talian secara mudah dan menyeronokkan
*Untuk varian Premium sahajaNavigasi Atas Talian
Cari jalan terpantas atau jelajah destinasi baharu yang menarik hanya dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah
*Untuk varian Premium sahajaRamalan Cuaca Atas Talian
Ingin tahu mengenai cuaca pada hari ini? Ramalan cuaca atas talian akan menjawab pertanyaan anda secara pantas
*Untuk varian Premium sahajaSambungan Telefon Pintar
Alami peralihan sambungan yang lancar dari telefon pintar anda ke kereta dengan ciri ketersambungan telefon pintar Android kami
*Untuk varian Premium sahaja(Fungsi bergantung kepada jenis telefon pintar)
RUANG & PRAKTIKALITI
RUANG UNTUK MENAWAN.
Bagi kami, ruang yang luas bererti kemewahan dan praktikaliti - kerana inilah Exora memenangi anugerah ‘Paling Ramai Penumpang dalam MPV’ atauMost People in MPV oleh Malaysia Book of Records. Kereta dengan tujuh tempat duduk ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mementingkan keselesaan,
tidak kira sejauh mana jua perjalanan anda
Tujuh Tempat Duduk Dewasa yang Selesa
Apabila bercakap mengenai keselesaan, Exora adalah jawapannya. Dengan tujuh tempat duduk selesa untuk orang dewasa, tidak perlu lagi berebut-rebut lagi untuk keselesaan
Konfigurasi Tempat Duduk Pelbagai
Tetapkan konfigurasi tempat duduk agar ianya sesuai dengan keperluan muatan, keselesaan penumpang atau seimbangkan kedua-duanya sekaliLiang Penyaman Udara yang Menyeluruh
Cuaca panas buat anda berasa tidak selesa? Nikmati udara nyaman di setiap barisan tempat duduk2 Penyambung USB dan Soket Kuasa 12V
Adakah anda kehabisan bateri telefon pintar anda? Cas telefon pintar anda menggunakan dua port USB agar bateri anda sentiasa cukup. Bagi peranti yang memerlukan voltan lebih boleh dicas menerusi soket kuasa serba guna di sebelah sisiTempat Letak Botol Minuman
Letak minuman anda dengan betul agar ia sentiasa selamat! Ruang simpanan botol yang banyak untuk semua penumpangPeletak Tangan Bahagian Hadapan
Rehatkan tangan anda pada peletak tangan yang disediakan untuk menghilangkan penat
*Untuk varian Premium sahajaPengawal Luncur Auto
Jadikan perjalanan jauh lebih memudahkan dengan menetapkan kelajuan yang sesuai bagi menggunakan ciri pengawal luncur *Untuk varian Premium sahajaButang Suis Stereng
Anda pasti lebih fokus dengan adanya kemudahan butang suis audio di hujung jari ketika memandu
*Untuk varian Premium sahajaCermin sisi dengan Lipatan Elektrik
Lindungi cermin pintu anda dan lalui ruang sempit dengan mudah melalui ciri lipatan elektrik
*Untuk varian Premium sahajaPRESTASI & KESELAMATAN
KESELAMATAN ADALAH KEUTAMAAN.
Keselamatan adalah keutamaan apabila anda menaiki kereta bersama teman dan keluarga. Dengan struktur badan dan sistem keselamatan pasif, Exora pasti akan melindungi anda dan keluargaBeg Udara SRS
Jika berlaku pelanggaran, beg udara SRS akan berikan anda perlindungan maksimum pada saat-saat kecemasan
Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
Kawal kereta anda di selekoh-selekoh tajam dan kekal selamat sekiranya berlaku kecemasan dengan kawalan kestabilan elektronik
*Untuk varian Premium sahajaKamera Undur
Lebih keselamatan dengan kamera undur agar anda dapat lihat titik-titik buta dengan jelas sewaktu mengundur
**Untuk varian Premium sahaja