SIARAN AKHBAR

15 Sep 2018
PUSAT 3S YANG TELAH DINAIKTARAF SEPENUHNYA DIBUKA DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK MILIK KH MOTOR SDN BHD

Pengenalan

  • KH Motor Sdn Bhd telah beroperasi sebagai cawangan pengedar 3S sejak satu tahun setengah yang lalu. Merupakan satu-satunya pusat cawangan di Kota Samarahan, Sarawak, dan terletak dikawasan komersil yang sibuk dan berdekatan dengan jalan utama.
  • Secara keseluruhannya, KH Motor telah melaburkan hampir RM1 juta untuk kos pengubahsuaian, dimana ianya dibina dikawasan seluas 1,015 meter persegi.
  • Selari dengan hala tuju PROTON, pusat-pusat cawangan diseluruh negara giat melakukan penambahbaikan premis mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan baik kepada pelanggan.
  • Cawangan-cawangan tersebut menjangkakan pelbagai potensi jualan dan servis menerusi penambahbaikan yang dilakukan pada keseluruhan premis. Selain daripada mampu dikenalpasti walau dari jauh sebagai cawangan serba baharu, ianya juga menggalakkan pelanggan sedia ada dan berpotensi untuk berkunjung dan melangkah masuk ke dalam premis bagi melihat dan menyaksikan sendiri pembaharuan yang ditampilkan oleh PROTON.
  • Aktiviti penaiktarafan ini selaras dengan cadangan PROTON untuk memperlihatkan rupa yang baharu dan terkini. Peningkatan ini penting untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan servis terbaik, dengan memastikan ia berfungsi sebagai pusat sehenti yang memberi kemudahan, keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan.

Paparan Utama

  • Encik Tony Thinagharan, Pemangku Pengarah, Perancangan & Pembangunan Rangkaian PROTON telah merasmikan majlis ini.
  • Penambahbaikan cawangan ini dijangka akan meningkatkan jualan dan servis sebanyak 70-80%.
  • Cawangan ini dikendalikan oleh kakitangan jualan dan servis yang berpengalaman. Selain itu, syarikat turut telah menambah kakitangannya untuk memastikan cawangan itu mampu meningkatkan tahap jualan dan servis bagi memenuhi permintaan pelanggan yang lebih ramai.
  • Encik Wong Park Sii, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah KH Motor Sdn Bhd menyatakan bahawa keputusan mereka untuk menaiktaraf adalah muktamad kerana cawangan baharu ini akan dapat memberikan kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Selain itu, cawangan yang dinaik taraf akan dapat meningkatkan lagi penjualan model-model sedia ada dan baharu PROTON, seperti X70, yang mana baru-baru ini telah dibuka untuk tempahan. Sentimen jenama buat masa ini sedang meningkat di pasaran, dan dia yakin PROTON akan dapat bersaing dan mendapat daya tarikan jualan yang lebih baik di pasaran dari sekarang dan tahun-tahun mendatang.

Outlet location

  • Lot 1508, SMLD, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

    Outlet Facilities
  • 6 petak penyelenggaraan, 5 servis pengangkat
  • Minuman dan ruang beristirahat

Staff resources

 Kakitangan Jualan  14 (sebelum ini 8)
 Kakitangan Servis 9 (sebelum ini 5)

Waktu Operasi

 Jualan:
Isnin – Sabtu  8.30am – 5.00pm
Ahad  9.00am – 3.00pm
Servis:
 Isnin – Sabtu  8.30am – 5.00pm
 Ahad  Closed

Nombor Pejabat

 Tel  082-671699, 082-672699 or Mr Wong 012-8531111
 E-mel  khmotor@proton.com
 Pengurus Jualan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Wong Park Sii
 Pengurus Servis  Jordan Lukas

Other Information

  • Sehingga 13 September 2018, terdapat 100 cawangan telah mendapat kelulusan untuk dinaiktaraf ke cawangan 3S/4S, iaitu kira-kira 92% pencapaian berbanding sasaran 109 cawangan menjelang Oktober tahun ini.
  • PROTON mencapai jualan sebanyak 9,501 unit kereta untuk bulan Ogos - menjadikannya tertinggi dalam tempoh 36 bulan, dan pegangan pasaran dianggarkan 15.4% untuk bulan tersebut.
  • PROTON akan menyerap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk SEMUA MODEL pada September ini.
  • *Diskaun antara RM500 - RM1,000 akan ditawarkan untuk Saga, Iriz dan Persona. Pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM2,000 untuk Proton Ertiga Xtra yang baharu dilancarkan, yang dilengkapi tempat duduk baharu yang lebih gelap dan unit utama berskrin sentuh.
  • Proton X70 kini dibuka untuk tempahan di semua cawangan yang diiktiraf. Deposit tempahan sebanyak RM1,000 sahaja.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, diskaun berbeza mengikut model.

 


 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun