SIARAN AKHBAR

23 Apr 2019
PROTON MELANCARKAN IRIZ DAN PERSONA 2019

Kuala Lumpur, 23 April 2019 – Selepas kedua-dua model tersebut dipamerkan di Pameran Auto Malaysia yang diadakan baru-baru ini, PROTON secara rasminya melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B PROTON itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dan telah diubahkan reka bentuknya, dilakukan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang membezakannya daripada pesaing-pesaing.

Kereta segmen-B pertama yang dilengkapi ciri-ciri pintar

Dengan memasang sistem stereo pintar pada Proton Iriz dan Persona 2019 ini, PROTON telah memperkenalkan ciri-ciri pertama dalam kelas untuk menampilkan revolusi dalam segmen pasaran. Boleh didapati pada varian Premium 1.6AT bagi kedua-kedua model, sistem ini menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet. Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB. Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android.

Sama seperti SUV pertama PROTON iaitu Proton X70, aplikasi pengecaman suara diaktifkan melalui kata kunci Hi Proton! di mana kemudiannya, pengguna boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini. Ini membolehkan pemandu kekal fokus memandang ke arah jalan raya sambil membuat carian kompleks untuk ke mana-mana destinasi atau memilih lagu, membantu memastikan mereka tidak terganggu semasa memandu. Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.

Reka bentuk baharu dan penambahbaikan pada dalaman dan luaran

Untuk membezakannya daripada model terdahulu, kumpulan Reka Bentuk PROTON telah memberikan kelainan yang komprehensif pada reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini. Antara kedua-dua model ini, perubahan pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu Syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenalkan pada Proton X70. Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol, sementara sejarah kemenangan yang diciptanya memastikan ia kekal sebagai pilihan pengendalian terbaik di dalam kelasnya.

Reka bentuk yang dilakukan pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang merupakan trademark baharu PROTON. Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik tetapi tidak menjejaskan ciri-ciri praktikal yang menjadi kegemaran di kalangan pembeli kereta Malaysia.

PROTON terus mendahului pasaran SUV

Pelancaran Proton Iriz dan Persona 2019 adalah acara terbaharu PROTON pada tahun ini. Suku pertama tahun ini telah menyaksikan Syarikat mendahului jualan pasaran SUV melalui Proton X70. Sehingga kini, lebih 11,000 unit telah diserahkan dan dengan tempahan diterima yang dicatatkan sebanyak lebih 25,000 unit, maka pada bulan-bulan akan datang ini akan memperlihatkan lebih banyak Proton X70 diserahkan kepada para pemilik.

Populariti SUV pertama PROTON adalah disebabkan oleh gaya kontemporari pada model tersebut, kualiti produk yang luar biasa, ciri-ciri pintar dan harganya yang berpatutan. Pembeli-pembeli kereta di Malaysia juga tertarik dengan tahap perkhidmatan pelanggan cemerlang yang disediakan, terima kasih kepada 75 buah rangkaian cawangan 3S/4S Syarikat. Dengan lebih banyak lagi cawangan seperti itu yang akan diperkenalkan pada tahun 2019, PROTON yakin akan dapat meningkatkan skor CSI dan SSI pada tahun ini dan mampu memberikan tahap perkhidmatan yang premium, sesuai dengan pelbagai produk baharunya.

-Tamat-

 

Harga OTR Proton Iriz 2019

 

Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans

Varian

Semenanjung Malaysia

Malaysia Timur

Standard 1.3L MT

RM36,700.00

RM38,700.00

Standard 1.3L CVT

RM39,700.00

RM41,700.00

Executive 1.3L CVT

RM44,700.00

RM46,700.00

Executive 1.6L CVT

RM46,700.00

RM48,700.00

Premium 1.6L CVT

RM50,700.00

RM52,700.00

Bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

 

Harga OTR Proton Persona 2019

 

Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans

Varian

Semenanjung Malaysia

Malaysia Timur

Standard 1.6L MT

RM42,600.00

RM44,600.00

Standard 1.6L CVT

RM44,600.00

RM46,600.00

Executive 1.6L CVT

RM49,600.00

RM51,600.00

Premium 1.6L CVT

RM54,600.00

RM56,600.00

Bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

 

Pakej Pelancaran bagi Proton Persona & Proton Iriz 2019

Pakej

Butiran

Pakej Cukai Jalan

  • Percuma cukai jalan selama 2 tahun bagi kereta-kereta yang ditempah sebelum pelancaran
  • Percuma cukai jalan selama 2 tahun bagi 1,000 unit pertama yang didaftarkan

Pakej Data

  • Percuma data internet selama 5 tahun (12GB setahun)

Kadar Pinjaman Rendah

  • Kadar faedah bermula dari 2.93%

Pakej servis

  • Percuma caj pekerja bagi 3 temu janji servis berjadual (sehingga 20,000km)

Pakej Perlindungan Insurans

  • Penepian kos pembaikan sehingga 10 tahun
  • Perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun
  • Perlindungan Key Care sehingga RM1,000
  • Elaun banjir sehingga RM1,000
  • Perlindungan untuk semua pemandu tanpa kos tambahan
  • Perlindungan Kemalangan diri sehingga RM15,000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Tertakluk terma dan syarat

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun