SIARAN AKHBAR

30 Aug 2019
CAWANGAN 3S BAHARU PROTON DI BUKA DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 30 Ogos 2019 - Autobinee Oriental Sdn Bhd (Autobinee) secara rasmi membuka pusat 3S PROTON yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf hari ini. Cawangan ini yang menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti merupakan sebahagian daripada strategi rangkaian PROTON, yang dibina untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada pelanggan. Cawangan 3S ini adalah yang pertama di negeri ini mempamerkan identiti PROTON baharu dan telah dirasmikan oleh Dato' Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Cawangan ini terletak di pertengahan di Jalan Air Itam dan mudah untuk dikunjungi. Pelaburan sebanyak RM1 juta telah dikeluarkan pada cawangan ini, dengan kawasan seluas 703 meter persegi serta dilengkapi 4 ruang servis dan 4 pengangkat. Autobinee adalah antara pengedar terawal PROTON dan telah beroperasi sejak 1989.

Menurut Yeap Teow Teong, Pengerusi Autobinee Oriental Sdn Bhd, "Penambahbaikan cawangan adalah penting kerana kami mengutamakan para pelanggan. Apabila mereka melangkah masuk ke bilik pameran atau ketika menghantar kereta mereka untuk diservis, kami mahu mereka berasa gembira dan seperti dialu-alukan. Cawangan ini juga menyediakan kemudahan seperti WiFi percuma, ruang minuman dan ruang menunggu serta tapak parkir yang banyak untuk keselesaan mereka".

Wilayah Utara adalah salah satu penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan jualan PROTON. Dari Januari sehingga Julai tahun ini, wilayah ini telah mengutip jualan lebih daripada 9800 kereta, peningkatan sebanyak 36% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Bagi negeri Pulau Pinang sahaja, peningkatan lebih daripada 38% telah dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lepas. Hampir keseluruhan daripada jumlah ini disumbangkan oleh penjualan Saga, Persona dan X70.

"Pasaran di bahagian wilayah utara adalah penting. Pulau Pinang khususnya, adalah negeri yang mempunyai pembeli yang mempunyai cita rasa tinggi. Untuk memenuhi jangkaan mereka, kami faham bahawa produk yang hebat perlu disokong oleh pengalaman pelanggan yang sama hebat. Inilah yang telah menjadi teras kepada strategi rangkaian kami dalam pelan rancangan pertumbuhan Syarikat," kata Radzaif.

"Kami yakin dengan kemudahan baharu ini, kedudukan PROTON di Pulau Pinang dapat diperkukuhkan dengan lebih lagi," katanya.

Penambahbaikan rangkaian cawangan dan peningkatan kualiti produk telah menyumbang kepada pertumbuhan yang sangat memberangsangkan pada tahun 2019. Sehingga kini, Syarikat telah menjual sebanyak 52,269 unit kereta, peningkatan 47% berbanding tempoh sama tahun lepas. "Kami telah mula melihat hasil dari usaha kami. Prestasi positif yang dapat dilihat tahun ini adalah gabungan hebat dari kepelbagaian produk, kawalan kos yang baik, peningkatan kualiti dan strategi baharu bagi rangkaian cawangan Syarikat. Usaha ini semua telah membawa Syarikat menduduki tempat kedua dari segi jualan kereta di Malaysia. Walau bagaimanapun, ini hanyalah permulaan kerana terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan dan kami komited untuk memastikan jenama ini terus meningkat naik," kata Radzaif.

 

- Tamat -

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun