SIARAN AKHBAR

1 Feb 2019
PROTON CATAT TIGA PENCAPAIAN BAHARU PADA JANUARI

Subang Jaya, 1 Februari 2019 – PROTON memulakan tahun 2019 dengan pencapaian memberangsangkan di mana jumlah pendaftaran meningkat kepada 7,007 unit pada Januari 2019. Pegangan pasaran dianggarkan pada 14.5%, meskipun angka sebenar hanya akan disahkan selepas data jualan industri dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

 

Proton X70 mendahului jualan

Selepas pelancarannya pada 12 Disember 2018, penyerahan Proton X70 semakin rancak di mana kini terdapat lebih banyak bilangan unit SUV pertama PROTON dilihat. Dengan rekod pendaftaran SUV yang paling banyak di pasaran Malaysia pada bulan ianya dilancarkan, rekod tersebut berterusan sehingga ke tahun baru dengan sebanyak 2,777 unit telah didaftarkan pada Januari 2019. Jumlah tersebut bermakna Proton X70 telah mencatat rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam masa sebulan.

 

Jumlah besar yang didaftarkan bagi SUV tersebut adalah penting pada PROTON yang mempamerkan angka pertumbuhan jualan yang mengagumkan. Berbanding dengan jualan bulan sebelumnya, jualan telah meningkat sebanyak 33.6% sementara perbandingan dari tahun ke tahun, angka tersebut mewakili pertumbuhan sebanyak 46.5% daripada Januari 2018, menjadikan PROTON mendahului pasaran dalam kadar pertumbuhan bagi jenama automotif antara ketiga yang teratas.

 

Satu lagi pencapaian Syarikat yang mendahului industri adalah pada jumlah kemudahan yang ada pada cawangan 3S/4S. Sehingga akhir bulan ini, terdapat 74 cawangan PROTON 3S/4S dan pengedar beroperasi dan akan lebih banyak cawangan dibuka sepanjang tahun ini. Cawangan-cawangan akan bergandingan membantu PROTON dalam mencapai Indeks Perkhidmatan Jualan (SSI) dan Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) mencapai sasarannya.

 

"PROTON amat berterima kasih kerana dapat membuka tirai 2019 secara positif. Kami sudah menjangkakan pencapaian jumlah cawangan 3S/4S di dalam industri pada hujung bulan ini, tetapi angka pertumbuhan jualan dan rekod pendaftaran SUV adalah disebabkan oleh sokongan yang kami terima daripada pembeli kereta di Malaysia. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula jenama Syarikat tetapi kami akan berusaha untuk terus memberikan pengalaman mewah di cawangan kami disamping meningkatkan penawaran bagi model-model kami," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

 

Bagi bulan Februari, PROTON sedang berusaha mengekalkan momentum jualannya dengan mengadakan promosi Ang Pow. Pembeli kereta-kereta Proton layak untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM4,000 bergantung pada model yang mereka pilih.

 

"Bersempena dengan Tahun Baru Cina, PROTON ingin terus memberikan ganjaran kepada para pelanggannya dengan menawarkan insentif tambahan yang membeli kereta Proton baharu. Syarikat juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk memandu dengan selamat sepanjang tempoh perayaan," tambah Dr Li Chunrong.

 

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun