SIARAN AKHBAR

28 May 2019
PROTON MELANCARKAN EXORA 2019

Subang Jaya, 28 Mei 2019 – PROTON secara rasminya telah melancarkan Exora 2019 di bilik pameran Crystal yang terletak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya pada hari ini.

Dengan berharga RM59,800 bagi Exora 1.6T Executive dan RM66,800 bagi Exora 1.6T Premium, MPV tujuh-tempat duduk model 2019 keluaran PROTON ini telah menerima penambahbaikan yang terdiri daripada perubahan rekaan, peningkatan komponen untuk menambah kualiti produk serta dilengkapi ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang menjadikannya berbeza berbanding pesaing yang lain.

Sebuah MPV dengan kepintaran yang membawa perubahan

Berikutan pada ciri yang telah ditetapkan pada model Proton X70, Persona dan Iriz 2019, Exora versi 2019 ini menggunakan slogan Intelligence That Moves atau Kepintaran yang membawa perubahan bagi memperlihatkan bukan sahaja ciri-ciri pintarnya tetapi juga prestasi dan keluasan terbaik di dalam kelasnya yang menawarkan muatan sehingga tujuh orang dewasa.

Exora 2019 ini dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar, menjadikan PROTON pengeluar yang memperkenalkan ciri-ciri yang pertama untuk segmen pasarannya. Didapati pada varian Premium 1.6T, kad eSIM yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan Internet mudah alih bagi memberi pengalaman multimedia yang tiada tandingan. Aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan kemas kini cuaca turut ditawarkan dan boleh diakses menerusi skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh. Sebagai kemudahan tambahan, sistem ini menawarkan sambungan telefon pintar serta fungsi pencerminan untuk peranti Android.

Adalah menjadi kebiasaan bagi kesemua model Proton yang memaparkan sistem infotainmen pintar semasa, aplikasi pengecaman suara juga ditawarkan dan boleh diakses menggunakan kata kunci Hi Proton!. Aplikasi ini merupakan permulaan penggunaan bagi pelbagai fungsi melalui arahan suara, yang membolehkan pemandu terus menumpukan pemanduan mereka walaupun ketika melakukan pencarian kompleks seperti mencari destinasi atau memilih lagu.

Untuk memastikan perisiannya tidak ketinggalan, kemas kini bagi Over the Air (OTA) akan ditawarkan secara berkala sekiranya terdapat aplikasi-aplikasi baharu diperkenalkan.

Rekaan baharu pada ruangan dalaman sesuai dengan prestasi dan pengendalian terbaik dalam kelasnya

Exora 2019 menerima penambahbaikan pada rekaan luarannya untuk memastikan ia sentiasa memberikan pembaharuan. Satu antena sirip ikan yang baharu dipadankan dengan panel bumbung luar hitam untuk kelihatan lebih sporty manakala satu warna baharu iaitu Rosewood Maroon, memperlihatkan MPV ini lebih menonjol tidak kira di mana sahaja anda memandunya.

Di ruangan dalam, rekaan dalaman upholsteri baharu menambah sentuhan mewah dan meningkatkan keselesaan tempat duduk manakala gabungan meter baharu memberikan pandangan yang jelas pada maklumat penting dengan pantas. Cermin pandang belakang tanpa bingkai memberikan pandangan yang lebih luas untuk melihat pengguna jalan raya yang lain selain keluasan ruang dalaman kekal sebagai titik jualan utama kerana model ini merupakan satu-satunya MPV di dalam kelasnya yang menawarkan ruang untuk tujuh orang dewasa.

Model ini merupakan satu-satunya model MPV di dalam kelasnya yang dilengkapi enjin pengecas turbo 1.6 liter. Dengan 140PS pada 5,000 rpm dan 203Nm tork dari 2,000-4,000 rpm, Exora 2019 ini mampu memberi tindak balas dengan pantas terhadap sebarang pemanduan yang dilakukan. Kelajuan dipadankan untuk memastikan pengendalian yang selesa di mana para jurutera casis PROTON telah menukar pemanduan dan pengendalian bagi memberi keseimbangan pengendalian yang baik dan pemanduan yang selesa.

Dengan dua beg udara hadapan, kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera di sekeliling, brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan tali pinggang hadapan dengan fungsi pengetat, model ini terdapat kelengkapan keselamatan lengkap yang digabungkan dengan ciri-ciri kemudahan seperti sensor tempat letak kereta di belakang serta kamera undur.

Pakej dengan nilai tambahan untuk pembeli Exora

Exora 2019 ditawarkan dengan pakej Nilai Tambahan yang unik. Terdapat empat pakej Nilai Tambahan standard bermula dengan pakej servis yang menawarkan caj pekerja percuma sebanyak tiga kali. Selain itu juga, terdapat pakej data Internet dengan data percuma (1GB sebulan) selama lima tahun. Dua pakej akhir adalah pakej kadar faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.76% dan pakej insurans yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pembeli yang menginsuranskan Exora 2019 mereka dengan panel-panel insurans PROTON.

Di samping pakej Extra Value yang standard, PROTON turut menawarkan pakej Nilai Tambahan istimewa. Pelanggan-pelanggan yang membeli Exora 2019 pada tahun ini akan diberi pakej servis pekerja percuma selama lima tahun atau sebanyak 11 kali manakala 1,000 pembeli pertama juga akan diberi cukai jalan percuma selama dua tahun untuk pembeli persendirian dan cukai jalan percuma selama setahun untuk pelanggan korporat.

Digabungkan dengan pengurangan harga dan nilai ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam setiap varian, Exora 2019 1.6T Executive memberikan nilai tambahan sebanyak RM4,233 berbanding versi terdahulu. Bagi Exora 2019 1.6T Premium, penjimatan tambahannya pula bernilai RM5,652.

 

-Tamat-

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun