SIARAN AKHBAR

3 May 2019
PROTON KEMBALI DI KEDUDUKAN KEDUA PADA JADUAL JUALAN BAGI BULAN APRIL

Subang Jaya, 3 Mei 2019 – PROTON meneruskan momentum peningkatan pada 2019 dengan mencapai angka jualan yang meletakkan Syarikat di kedudukan kedua pada bulan April. Sebanyak 7,011 unit dijual pada bulan lalu, iaitu kenaikan 14.1% berbanding Mac dan peningkatan 75% berbanding April 2018. Kejayaan ini dicapai meskipun terdapat penurunan dalam TIV sebanyak 6.2% dari bulan ke bulan yang menjadikan PROTON satu-satunya jenama automotif di barisan lima teratas yang mencatat pertumbuhan positif. Fakta ini juga menunjukkan jualan keseluruhan meningkat sebanyak 50.2% setakat tahun ini.

 

Jenama automotif kedua terlaris di Malaysia

37 bulan selepas PROTON menduduki tempat kedua dalam jadual jualan, Syarikat kembali ke kedudukan kedua pada April 2019 di mana Syarikat sekali lagi telah mendahului pasaran automotif. Prestasi jualan yang memberangsangkan oleh Proton Saga dan Proton X70 menjadi pemacu utama untuk pencapaian tetapi peningkatan pada penjualan juga adalah disebabkan pelancaran rasmi Proton Iriz dan Persona 2019 pada 23 April.

 

Kedua-dua kereta itu dilancarkan serentak selepas aktiviti promosi pra-pelancaran diadakan selama dua bulan termasuklah pra-tonton media dan pelanggan serta penampilan di siri-siri jelajah dan Pameran Auto Malaysia 2019 pada bulan April. Hasil daripada usaha ini, lebih 4,000 tempahan dicatatkan sebelum pelancaran, membuktikan pembeli kereta di Malaysia tertarik dengan ciri-ciri pintar dan reka bentuk keseluruhan model-model itu.

 

"PROTON berbangga berada di kedudukan kedua dalam keseluruhan jualan pada April 2019, kembali ke posisi sebelum ini untuk kali pertama dalam masa tiga tahun. Matlamat kami adalah untuk mencuba dan mengakhiri tahun ini di tempat kedua untuk mewujudkan asas yang kukuh dalam matlamat jangka panjang kami bagi memimpin sekali lagi pasaran kereta di Malaysia. Melalui pelancaran Iriz dan Persona dan versi Proton Exora dan Saga yang dipertingkat yang akan diperkenalkan akhir tahun ini, Syarikat yakin untuk mencapai matlamatnya," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.      

 

Mencatatkan pertumbuhan positif meskipun penjualan kereta perlahan

Apabila PROTON menjual sebanyak 7,011 unit pada April 2019, ianya menafikan trend keseluruhan pasaran jualan yang perlahan selepas prestasi yang kukuh pada bulan Mac. Meskipun mencatatkan kenaikan 9.2% dari tahun ke tahun yang disebabkan oleh pendaftaran model baharu yang dilancarkan, kebanyakan jenama mencatatkan angka yang lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, jualan PROTON meningkat sebanyak 14.1%, bersamaan dengan 13.6% pegangan pasaran keseluruhan, disebabkan prestasi jualan yang kukuh oleh Proton X70 dan Proton Saga.

 

Hakikatnya, Saga telah menggantikan Proton X70 sebagai model Proton paling laris dengan jualan sebanyak 3,047 unit, pertama kali model tersebut berjaya memecah rekod jualan sebanyak 3,000 unit sejak Ogos 2018 ketika tempoh jualan tanpa GST selama tiga bulan. Peningkatan jualan juga menunjukkan kualiti kini telah ditambahbaik pada kereta serta peningkatan kualiti perkhidmatan pelanggan dan jualan yang dipamerkan di sebanyak 79 cawangan 3S/4S, yang paling banyak antara OEM di Malaysia, dalam rangkaian jualan PROTON.

"Pencapaian jualan PROTON pada bulan April adalah bukti bagaimana Syarikat menuju ke arah yang betul, terima kasih kepada pembeli kereta di Malaysia yang telah kembalikan keyakinan terhadap jenama dan produk Syarikat. Ia juga mempamerkan nilai Proton X70 pada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke bilik pameran kami, turut membuatkan model-model lain mendapat tarikan yang lebih kerana pelanggan akan diberitahu tentang nilai, kualiti dan keselamatan yang ada pada semua kereta Proton," tambah Dr Li.

 

Juara sebenar SUV di Malaysia bagi 2019

Dengan sebanyak 11,133 unit yang telah diserahkan setakat ini pada tahun 2019, model ini adalah juara bagi kategory SUV premium (segmen-C) dan juga juara bagi kategori SUV executive (harga atas RM100,000). Proton X70 kekal sebagai SUV paling laris di Malaysia pada tahun ini, dengan sebanyak 24% pegangan pasaran bagi segmen keseluruhan.

 

"Hampir lima bulan sejak dilancarkan, Proton X70 terus mempamerkan daya tahannya dengan mengetuai segmen pasaran walaupun terdapat pelancaran model-model baharu oleh jenama pesaing yang lain. PROTON kini merupakan pemain yang mantap di pasaran SUV dan pengalaman kami dengan SUV pertama kami akan memberi kami prestasi yang baik pada masa akan datang apabila kami melancarkan lebih banyak model yang dibangunkan bersama oleh PROTON dan Geely," ujar Dr Li Chunrong.

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun