SIARAN AKHBAR

16 Dec 2020
PROTON BEKERJASAMA DENGAN HUAWEI UNTUK KEMPEN ‘BETTER TOGETHER’

Subang Jaya, 16 December 2020 Untuk meraikan akhir tahun 2020, pengeluar kereta nasional PROTON akan bekerjasama dengan Huawei dalam kempen yang digelar ‘PROTONxHuawei Better Together’. Kempen yang berbentuk peraduan ini akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang bertuah dengan hadiah menarik termasuk Proton X70 baharu sebagai hadiah utama.

 

Peraduan yang akan diadakan dari 15 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 terbuka kepada pembeli model Proton terpilih (Persona, Iriz, Exora atau Saga) dan / atau alat pintar Huawei. Selain hadiah utama Proton X70, telefon pintar Huawei Mate 40 Pro serta 17,000 baucar kedai dalam talian Huawei bernilai RM100 setiap satu akan juga ditawarkan ke pembeli kereta Proton.

 

“Model kereta Proton telah menerima sokongan yang baik dari rakyat Malaysia pada tahun ini. Jualan tahun 2020 memberangsangkan walaupun keadaan pasaran yang mencabar. Oleh itu, kami gembira dapat bekerjasama dengan Huawei sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka. Tahun ini amat sukar bagi semua jadi kami di PROTON ingin menyebarkan semangat positif di kalangan rakyat Malaysia dan menyeru semua untuk menantikan permulaan yang baru pada 2021,” kata Roslan Abdullah, CEO PROTON Edar.

 

Untuk menyertai peraduan ini, pembeli kereta Proton atau alat pintar Huawei perlu muatnaik gambar yang kreatif yang berkaitan dengan kereta Proton atau alat pintar Huawei mereka di laman media sosial Facebook atau Instagram mereka dengan hashtag #PROTONHUAWEIBETTERTOGETHER2020 #HUAWEIMATE40PRO dan #HiPROTON dan serta keterangan (caption), "Saya suka kereta Proton / Huawei Mate 40 Pro kerana…". Setelah memuatnaik, mereka kemudian perlu melayari www.protonhuaweibettertogether.com untuk mengisi maklumat yang diperlukan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layarihttps://www.proton.com/en or https://www.huawei.com/my/

 

-End-

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun