SIARAN AKHBAR

9 Jul 2020
PROTON LANCAR SAGA EDISI ULANG TAHUN

Subang Jaya, 9 Julai 2020 – PROTON hari ini meraikan Ulang Tahun Proton Saga ke-35 buat pertama kalinya secara maya melalui media sosial dengan memperkenalkan Saga Edisi Ulang Tahun sekaligus mencatatkan sebanyak 4,150,035 unit model tersebut telah dikeluarkan. 
 
Sejak 35 tahun yang lepas, PROTON telah menjadi pemangkin pengindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem permbuatan automotif di Malaysia, menjadi salah satu negara di dalam dunia yang mengeluarkan kereta sendiri. 
 
“Proton Saga merupakan kereta yang menaikkan nama Malaysia, dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini,” ujar Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON. 
 
Hadiah ulang tahun yang ekslusif
Diperkenalkan pada hari ini, Saga Edisi Ulang Tahun ini adalah bagi meraikan Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Terhad kepada 1,100 unit sahaja, dan dengan warna hitam dan kuning eksklusif pada luaran dan dalaman kereta tersebut, Saga Edisi Ulang Tahun ini berharga RM39,300, sama seperti Saga Premium AT sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualan 
 
Hadir sama dengan model edisi ulang tahun ini adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035. Turut boleh boleh dibeli secara berasingan dan digunakan untuk model Saga 2019, pakej ulang tahun ini menawarkan kos penjimatan hebat iaitu sebanyak RM315 berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350. 
 
“Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu. Anda boleh membuat tempahan pada hari ini dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. 
 
Udara yang lebih segar untuk semua pemilik Proton.
Selain itu, tambahan hadiah sempena ulang tahun ini adalah penapis Kabin N95 PROTON, di mana sebelum ini hanya terdapat pada Proton X70 yang juga akan terdapat pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora bermula hari ini. Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja. Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15% diskaun bagi harga penapis N95 ini. 
 
Ditambah pula dengan harga tanpa cukai jualan, pengguna di Malaysia boleh meraikan 35 tahun Proton Saga yang memacu Rakyat Malaysia dengan Intelligent Proposition yang lebih bermakna. 
 
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed berkata “35 tahun yang lalu menjadi bukti dedikasi Proton untuk menghasilkan produk seperti yang rakyat impikan. Untuk beberapa dekad yang akan datang, kami menumpukan untuk memberikan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih berkualiti lagi. " 
 

- Tamat - 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun