SIARAN AKHBAR

15 Jun 2020
PROTON UMUM HARGA BAHARU BERKUAT KUASA 15 JUN 2020

Subang Jaya, 15 Jun 2020 – Sejajar dengan pengumuman pihak Kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan pembelian kereta di Malaysia untuk tempoh enam bulan mulai 15 Jun 2020, PROTON akan menurunkan harga keretanya sebanyak 1.2% - 5.7%. Harga-harga baharu ini adalah efektif sepanjang tempoh insentif, sebagai langkah untuk meningkatkan ekonomi selepas berakhirnya sekatan akibat COVID-19 di Negara ini. 
 
"PROTON ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah Proton baharu kepada mereka yang sedang mencari untuk membeli kereta. Dengan adanya bilangan pusat 3S/4S terbanyak di Negara ini, barisan kereta yang telah ditambah baik, peningkatan demi peningkatan yang telah kami perkenalkan serta harga-harga baharu, pelanggan kini boleh menikmati pemilikan kereta dengan nilai yang menarik” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. 
 
"Kami menerima baik inisiatif Kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui rancangan PENJANA dan pengiktirafan mereka terhadap industri automotif Malaysia sebagai antara yang terpenting di dalam ekosistem Negara. Dengan seramai 700,000 pekerja secara langsung dan tidak langsung berada di dalam industri, ia menyumbang sekitar 4.3% kepada KDNK, sekaligus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi Negara,” tambah beliau. 
 
Syarikat sedang mengatur beberapa strategi untuk meningkatkan jualan dan pada masa yang sama mengambil kira sentimen pembeli sepanjang tahun 2020. Ini termasuklah menerapkan penjarakan sosial yang ketat dan melakukan sanitasi secara kerap di pusat-pusat pameran dan servis serta turut menggalakkan penggunaan tempahan dalam talian bagi transaksi tanpa sentuhan. 
 
“Sebagai sebuah syarikat automotif negara, PROTON akan membantu merancakkan semula semua segmen industri automotif. Kami akan terus bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar untuk memastikan mereka mampu mengharungi cabaran ini dan bersedia dalam membantu pertumbuhan ekonomi sekali lagi,” kata Dr Li Chunrong. 
 

- Tamat - 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun