SIARAN AKHBAR

1 Jun 2020
ROSLAN ABDULLAH DILANTIK SEBAGAI NAIB PRESIDEN JUALAN DAN PEMASARAN PROTON

Subang Jaya, 1 Jun 2020 – PROTON ingin mengumumkan pelantikan Encik Roslan Abdullah sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran baharu Syarikat. Pada masa yang sama, beliau turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd (PESB), anak syarikat milik penuh PROTON yang menguruskan pengedaran kereta-kereta Proton dan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan, berkuatkuasa 1 Jun 2020.

Setelah hampir tiga dekad berkecimpung di dalam sektor automotif, Encik Roslan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berkaitan landskap automotif di Malaysia. Jawatan yang pernah dipegang oleh beliau termasuklah di bahagian kewangan, operasi dan jualan. Sebelum menyertai PROTON, pemegang Ijazah Kewangan & Perakaunan dari University of Brighton, United Kingdom ini memantau operasi di DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd (DEFTECH). Pelantikan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan PROTON bagi mencapai matlamat dan objektif jangka panjang Syarikat.

“Syarikat amat mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menjadi sebahagian daripada PROTON dan kami mengharapkan agar beliau dapat membantu meningkatkan prestasi PROTON pada waktu yang mencabar ini,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

 

-Tamat-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun