SIARAN AKHBAR

2 Oct 2020
PROTON MENCAPAI PENAMBAHAN JUALAN UNTUK EMPAT BULAN BERTURUT-TURUT

Subang Jaya, 2 Oktober 2020 – Momentum jualan PROTON berterusan dari bulan Ogos ke September apabila syarikat automotif nasional itu mencapai keputusan positif bagi kadar jualan tahun ke tahun untuk bulan ke-empat berturut-turut. Jumlah jualan pada bulan September sebanyak 11,935 unit adalah kedua tertinggi bagi tahun 2020  bersamaan dengan penambahan 4.9% berbanding dengan Ogos dan 33.6% berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019. PROTON telah menjual sebanyak 73,607 unit kenderaan pada tahun ini, bersamaan dengan pegangan pasaran sebanyak 21.6% dan menduduki tempat kedua dalam industri automotif Malaysia.     

 

Tiga model Proton mempunyai jualan terbanyak untuk segmen masing-masing

Sama seperti Ogos, tiga model Proton mendahului segmen masing-masing pada bulan ini. SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020. Proton Persona dan Proton Exora juga kekal sebagai model terlaris dalam kelas masing-masing, status yang PROTON yakin akan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun.

 

“Setelah Kadar Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 50,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut, kita boleh membuat anggapan bahawa pasaran automotif Malaysia telah mencapai kestabilan buat masa ini. PROTON berasa lega dan yakin kerana pencapaian jualan bulanan ini melebihi jumlah jualan bulanan pada tahun lepas dan ini adalah  penunjuk bahawa kita telah kembali ke tahap penjualan yang lestari,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton EDAR.

 

Proton X50 mendapat 20,000 tempahan dalam masa dua minggu

Proton X50 adalah model terbaharu PROTON. Ia telah mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu PROTON di Tanjung Malim pada 15 September dan tempahan mula diterima pada hari berikutnya. Setakat ini, dalam masa dua minggu selepas tempahan mula ditrerima, jumlah tempahan telah melebihi jangkaan.

“Pihak PROTON ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di PROTON akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,” tambah Roslan Abdullah.

 

September 2020 – Prestasi model PROTON

 

Model

Unit Jualan

Pencapaian Jualan dalam bulan September 2020

Saga

4949

  • Menduduki Tempat Kedua bagi sedan segmen A
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Persona

2606

  • Menduduki Tempat Pertama bagi sedan segmen B
  • Jualan tertinggi ketiga dalam tahun 2020

Exora

748

  • Menduduki Tempat Pertama bagi MPV segment C
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Iriz

782

  • Menduduki Tempat Ketiga bagi segmen B hatchback

X70

2849

  • Menduduki Tempat Pertama bagi semua kategori segmen SUV
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Jumlah

*11,935

 

*Jualan model lain yang tidak tersenarai ditambah ke jumlah jualan keseluruhan 

 

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun