SIARAN AKHBAR

7 Oct 2020
TEMPAHAN KENDERAAN PROTON MELALUI PIHAK KETIGA YANG TIDAK DISAHKAN

Subang Jaya, 7 October 2020 – Pelancaran Proton X50, yang bakal berlaku tidak lama lagi telah menarik minat ramai pembeli kereta di Malaysia. Jumlah tempahan awal yang telah diterima amat memberangsangkan dan pihak PROTON ingin mengucapkan terma kasih kepada semua yang memberi sokongan. Malangnya, kami dimaklumkan bahawa ada pihak telah memberi gambaran yang tidak benar dengan mengatakan mereka adalah ejen PROTON ataupun mempunyai kaitan dengan PROTON demi mengaut keuntungan. 

 

Pihak PROTON ingin menegaskan bahawa hanya tempahan yang diterima melalui rangkaian jualan PROTON yang rasmi akan diakui sebagai tempahan yang sah. PROTON tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkain jualan rasminya sebagai ejen jualan produk kami. Kami menasihati semua bakal pembeli untuk sentiasa berwaspada sebarang tuntutan dari individu atau organisasi, dan pada masa yang sama, kami memohon semua pelanggan menghubungi pihak PROTON jikalau ada sebarang kemusykilan. Pelanggan adalah keutamaan PROTON. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi PROTON, sila layari laman web rasmi kami di https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398

 

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun