SIARAN AKHBAR

2 Apr 2021
JUALAN BULANAN PROTON DI PARAS TERTINGGI DALAM TEMPOH 7.5 TAHUN

- Jualan sebanyak 14,989 unit pada bulan Mac adalah angka penjualan terbaik sejak 2013

- Penjualan SUV mencapai rekod tertinggi serta semua model menunjukkan peningkatan penjualan

 

 

Subang Jaya, 02 April 2021 - Permulaan tahun yang berprestasi tinggi bagi PROTON pada 2021 berterusan pada bulan Mac apabila syarikat mencatatkan bukan sahaja titik tertinggi pada tahun ini tetapi juga mencapai bulan penjualan terbaik sejak September 2013. Sebanyak 14,989 unit (jualan tempatan + eksport) dijual pada bulan lalu, bersamaan dengan kenaikan 26.2% berbanding bulan Februari dan pegangan pasaran dianggarkan mencapai 23.5%.

 

Secara keseluruhan, PROTON mengekalkan kedudukan kedua dalam jadual kedudukan penjualan. Untuk suku pertama tahun ini, syarikat mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan angka tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012.

 

Penjualan SUV terus meningkat sementara model lain mencapai angka terbaik untuk 2021

Penghantaran untuk dua model SUV PROTON terus meningkat pada bulan Mac setelah barisan pengeluaran baru di Tanjung Malim meningkatkan pengeluarannya untuk bulan ini. 3,513 unit Proton X50 dihantar kepada pelanggan sementara Proton X70 menunjukkan kenaikan dari bulan ke bulan sebanyak 58.4% kepada 2,337 unit. Jika digabungkan, ini bermaksud PROTON mencapai rekod dalaman baru dengan 5,850 unit SUV dihantar, mengalahkan rekod sebelumnya sebanyak 4,820 unit pada bulan lalu.

 

Proton Saga kekal sebagai model paling laris syarikat dan dengan sebanyak 5,589 unit telah dihantar, penjualan untuk sedan segmen-A itu telah meningkat sebanyak 32.5% berbanding Februari. Proton Persona, Iriz dan Exora juga mencatatkan angka terbaik mereka untuk tahun ini dengan MPV segmen-C itu sekali lagi menduduki tempat pertama bagi segmennya.

 

“Setelah permulaan yang agak lemah untuk tahun ini, industri automotif Malaysia akhirnya mencapai kemajuan pada tahun 2021. Kami menganggarkan TIV melebihi 63,000 unit, menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka untuk tahun ini. Bagi PROTON, bulan Mac adalah bulan penjualan yang sangat baik kerana kami mencapai angka tertinggi kami bagi tempoh 90 bulan tetapi merasakan pencapaian kami berkurangan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya kami dapat menghasilkan lebih banyak unit.

 

“Buat masa kini, kami masih memiliki banyak pesanan untuk dipenuhi, PROTON akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dalam beberapa bulan ini, di samping mengekalkan fokus kami dalam penyampaian produk yang berkualiti tinggi. Kami juga sedar bahawa insentif PENJANA akan berakhir pada akhir bulan Jun, jadi kami berhasrat untuk memastikan sebanyak mungkin pelanggan dapat menikmati percutian cukai yang diberikan oleh kerajaan,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif, Proton Edar. Siaran Akhbar

 

Peningkatan penjualan membantu Proton Commerce meningkatkan keluaran pinjaman

Sepertimana jualan kereta Proton meningkat pada tahun ini, anak syarikat pembiayaan automotif PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd, telah menyaksikan peningkatan jumlah yang sama bagi pembiayaan kereta. Hampir 4,000 pinjaman dikeluarkan dalam masa tiga bulan pertama pada tahun 2021 dengan anggaran sebanyak 1,700 dikeluarkan dalam bulan Mac sahaja. Angka terakhir setara dengan pertumbuhan 122% pada bulan Februari dan secara keseluruhan, pengeluaran untuk suku tahun pertama ini telah meningkat sebanyak 141% berbandingan tahun 2020.

 

“Walaupun peningkatan unit jualan kereta Proton menjadi fokus utama kami, pertumbuhan pengeluaran pinjaman oleh Proton Commerce adalah satu perkembangan yang penting. Ini membuktikan bahawa kami menawarkan pakej pembiayaan yang menarik kepada para pelanggan dan mampu bersaing dengan syarikat lain dalam pasaran pembiayaan automotif. Lebih penting lagi, pelanggan dapat menikmati kemudahan pembelian dan pembiayaan bagi kereta Proton baru mereka dari pembekal kami, menjadikan pusat jualan kami sebagai pusat sehenti untuk semua keperluan Proton mereka,” tambahan Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

PROTON Mac 2021 – Prestasi Model Individu

Model

Jumlah unit jualan

 Pencapaian jualan pada bulan Mac 2021

Saga

5,589

  • Jumlah kedua tertinggi sedan segmen-A

Persona

2,151

  • Jumlah ketiga tertinggi sedan segmen-B

Exora

584

  • Jumlah tertinggi MPV segmen-C

Iriz

810

  • Jumlah ketiga tertinggi hatchback segmen-B

X70

2,337

  • Jumlah tertinggi SUV segmen-C

X50

3,513

  • Jumlah kedua tertinggi SUV segmen-B

Total

*14,989

 

*angka jualan model lain yang tak tersenarai telah ditambah ke jumlah jualan keseluruhan
Mengenai

 

 

 


 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun