SIARAN AKHBAR

22 Apr 2021
PROTON MEMULAKAN KERJA PENGEMBANGAN KILANG DI TANJUNG MALIM

- Kilang penghentakan badan kereta baru akan memerlukan perbelanjaan lebih RM200 juta y

- Pelaburan ini adalah sebahagian strategi perkembangan dan teknologi PROTON

 

 

Subang Jaya, 22 April 2021 - PROTON memulakan kerja untuk perkembangan baru di kilang Tanjung Malim pada hari ini apabila upacara memecah tanah untuk kilang penghentakan badan kereta baru telah dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat. Penambahan fasiliti ini akan memberi sumbangan kepada barisan pengeluaran yang sedia ada kerana jentera hentakan “Superlarge” yang akan diguna mampu meningkatkan kebolehan PROTON. Lebih penting lagi, perkembangan ini adalah sebahagian rancangan syarikat untuk menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang

 

Pelaburan sebanyak RM200 juta ini merupakan sebahagian dari rancangan PROTON untuk menaikkan taraf Tanjung Malim ke kilang pembuatan tahap dunia. Ia akan membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar dan selain daripada pelaburan ini, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada tahun 2019.

 

Pihak syarikat berkata pelaburan ini adalah selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan mereka kerana ia membolehkan pembuatan lebih pelbagai model. Ia juga selaras dengan strategi teknologi PROTON kerana kilang baru itu akan menggunakan alatan dan sistem canggih.

 

“Walaupun kami berpuas hari dengan kemajuan syarikat setakat ini, PROTON perlu sentiasa memandang ke masa depan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. “Penambahan baru ini adalah sebahagian dari strategi kami untuk memastikan kami boleh terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan. Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model tetapi lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baru,” tambah Dr Li Chunrong.

 

Perniagaan PROTON telah berubah secara mendadak pada tiga tahun yang lepas. Pada masa itu, syarikat telah melancarkan model baru, menambah pegangan pasaran, meningkatkan tahap kualiti dan juga merombak rangkaian pengedarnya. Hasil daripada perubahan ini, syarikat berjaya menyandang gelaran sebagai satu-satunya pengeluar kenderaan di Malaysian yang menambah jualan pada tahun 2020.

 

“Haluan dan perkembangan masa depan PROTON adalah jelas. Malaysia akan tetap menjadi pasaran utama tetapi syarikat perlu mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara. Fasiliti baru ini adalah sebahagian kecil dalam perjalanan itu tetapi ia amat penting kerana ia membolehkan penambahan penggunaan komponen tempatan pada masa hadapan. Ini juga akan membolehkan PROTON melibatkan lebih vendor tempatan dalam proses pengeluarannya dan dengan demikian, mengembangkan lagi ekosistem otomotif tempatan,” tambah Dr Li.

 

PROTON akan menempatkan kilang penghentakan baru ini bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada dan dijangka akan siap pada suku ketiga 2022.

 

-Tamat-

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun