SIARAN AKHBAR

18 Aug 2021
KENYATAAN DARI PROTON

Subang Jaya, 18 August 2021 - Berikutan pengumuman kebenaran aktiviti penjualan dan pengilangan industri automotive bersambung semula, PROTON ingin memberi makluman kepada para pelanggan kamit.

  1. Semua pusat jualan Proton akan dibuka semula berpandukan tanda aras yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bagi memastikan keselamatan semua, hanya pekerja jualan yang telah menerima vaksin sepenuhnya (2 dos + 2 minggu) dibenarkan untuk bekerja di bilik pameran

  2. Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pembukaan semula pusat jualan adalah berdasarkan kepada peratusan sasaran dewasa yang telah mendapat vaksin di setiap negeri. Berikut adalah senarai negeri yang akan dibuka pusat jualannya bermula pada hari ini:

    1. Selangor
    2. Kuala Lumpur
    3. Negeri Sembilan
    4. Perlis
       Pusat jualan di Sabah dan Sarawak telah dibuka sejak Julai 2021.

  3. Para pelanggan yang ingin datang ke bilik pameran PROTON perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Pelanggan yang datang secara ‘walk-in’ tidak akan dilayan.

  4. Mengikuti garis panduan dari kerajaan, hanya pelanggan yang telah menerima vaksin sepenuhnya dan dikelaskan sebagai Rendah Risiko dibenarkan untuk memasuki pusat jualan Proton. Prosedur kemasukan adalah seperti berikut:

    1. Paparkan sijil vaksin digital sebagai bukti status vaksinasi.Display the current MySejahtera status.
    2. Paparkan status terkini MySejahtera. 
    3. Daftar masuk dengan mengimbas QR kod premis. 
    4. Lakukan pemeriksaan suhu badan sebelum masuk.

  5. Bagi memastikan keselamatan semua, para pelanggan dan pekerja di pusat jualan Proton dikehendaki sentiasa memakai dua topeng muka serta menjaga jarak fizikal antara satu sama lain.

  6. Prosedur operasi terkini bagi Pusat Perkhidmatan Proton akan dikekalkan. Penerimaan kenderaan adalah tertakluk kepada janji temu sahaja. Tempahan janji temu untuk perkhidmatan boleh dibuat melalui aplikasi MyProton, manakala tempahan kenderaan secara atas talian boleh dibuat melalui laman web Proton di https://www.proton.com/en atau melalui panggilan telefon ke pusat jualan dan pengedar sah PROTON. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-8398 atau layari www.proton.com/en/dealer-locator bagi mendapatkan lokasi dan maklumat berkenaan pusat jualan dan pengedar.
      Kami mengucapkan terima kasih kepada sokongan berterusan anda terhadap PROTON dan sila terus mengikut saranan garis panduan SOP.

-Tamat-

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun