- - Edisi Istimewa model Persona, Exora, Iriz dan Saga diperkenalkan serentak
- - Ciri-ciri unik digabungkan dengan jumlah produksi terhad
Subang Jaya, 18 February 2021 - PROTON telah melancarkan empat model Edisi Istimewa di mana ianya dilancarkan secara serentak semasa pelancaran secara maya ketiga syarikat ini. Produksi terhad model-model ini telah memberikan moniker Edisi Hitam (Persona dan Exora) dan Edisi Terhad R3 (Iriz dan Saga); dan telah dicipta untuk memperluaskan lagi penampilan setiap model di samping menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan.
Jumlah yang terhad namun bukan pada penampilan bilik pameran
Mengikuti kejayaan pelancaran Saga Edisi Ulang Tahun, di mana ianya telah habis dijual pada peruntukan 1,100 unit dalam masa lima hari sahaja, model Edisi Istimewa dicipta untuk memuaskan kehendak pelanggan bagi model Proton yang unik.
Persona dan Exora Edisi Hitam menambahkan gaya dan kemewahan pada kenderaan yang biasanya terjual kerana kepraktisan dan keselesaannya. Seperti nama yang dicadangkan, ianya datang dalam warna hitam dan emas secara halus menyerlahkan lagi bumper dan roda aloi. Di bahagian dalam, kedua-duanya didatangkan bersama tempat duduk kulit berwarna hitam, penutup pintu dan konsol lantai dengan Persona diberikan bumbung dalaman berwarna hitam, di mana Exora pula dipasangkan dengan monitor overhead.
Di samping gaya dan kemewahan sebagai tujahan utama untuk model-model Edisi Hitam, Proton Iriz dan Saga R3 Edisi Terhad meraikan kejayaan jabatan motorsports PROTON. Lencana R3 sentiasa dikhaskan untuk model Proton paling sporty dan kedua-dua Iriz dan Saga merupakan calon-calon yang paling sesuai untuk moniker ini.
Setiap kereta dicatkan dengan warna hitam dan dihiasi dengan warna yang dipakai oleh R3 yang tersendiri pada kereta-kereta lumba PROTON. Iriz dilengkapi dengan roda aloi 16-inci R3 sementara Saga pula dilengkapkan dengan roda aloi 15-inci kemasan kelabu matte. Bodykit R3 sporty lengkap pada luaran kereta manakala bahagian dalaman berwarna hitam-kuning yang unik, tempat duduk kulit dan karpet R3 membolehkan suasana tersendiri dengan penampilan sporty.
“Dengan melancarkan empat model Edisi Istimewa pada hari ini, PROTON memberikan lebih pilihan kepada para pelanggan. Produk keluaran Malaysia ini mensasarkan pembeli kereta Malaysia dan adalah peringatan bahawa PROTON mempunyai keupayaan sebagai pengeluar kereta ‘servis- sepenuhnya’ yang boleh melakarkan, membuat dan membina kereta-kereta kita sendiri bermula dari sekeping kertas kosong,” kata Encik Roslan Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.
Harga atas jalan raya tanpa insurans untuk model Proton Edisi Istimewa adalah:
Proton Saga R3 Edisi Terhad:: RM42,300
Proton Iriz R3 Edisi Terhad: RM52,900
Proton Persona Edisi Hitam: RM54,700
Proton Exora Edisi Hitam: RM67,800
*Sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja
** Sah sehingga 30 Jun 2021 dengan pengecualian Cukai Jualan
-Tamat-