SIARAN AKHBAR

3 Jan 2021
PROTON TINGKATKAN KADAR PENJUALAN PADA 2020

Subang Jaya, 03 January 2021 –– Setelah melalui tahun yang penuh cabaran, PROTON mengakhiri 2020 dengan peningkatan penjualan berbanding prestasi mercu tanda pada tahun 2019. Walaupun pemasangan dan penjualan kenderaan terpaksa dihentikan selama lebih daripada dua bulan akibat PKP, syarikat menjual 109,716 kenderaan bagi keseluruhan 2020 setelah berjaya menjual 13,306 unit pada bulan Disember. Jumlah penjualan 2020 adalah penambahan 8.8% berbanding 100,821 unit pada 2019, sekaligus membolehkan PROTON digelarkan sebagai satu-satunya syarikat otomotif yang berjaya mencatatkan penambahan di Malaysia. Bahagian pasaran pula dianggarkan bertambah ke 21.1%, bersamaan dengan satu penambahan yang ketara sebanyak 4.4%.

 

Pemacu utama penumbuhan jualan adalah Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES) manakala prestasi Proton X50 melebihi jangkaan walaupun pelancarannya terpaksa ditangguhkan. Kesemua model PIES telah dikemas kini secara meluas pada 2019 dan pelaburan itu memberi hasil dengan setiap model mencatatkan penjualan lebih tinggi walaupun tahun ini dijejaskan oleh wabak koronavirus. Apabila digabungkan dengan penambahan eksport sebanyak 49.8%, ini membolehkan PROTON mengatasi tren industri otomotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13%.

 

Dari segi keputusan inidividu, setiap model Proton mengakhiri tahun berhapiran tangga teratas segmen masingmasing. Proton Saga kekal sebagai penjual utama 2020 manakala pelancaran Proton X50 serta penjualan laris Proton X70 bergabung untuk menjadikan Proton jenama SUV nombor satu di negara ini.

 

“Kami bersyukur kerana berjaya mencatatkan prestasi yang tinggi pada 2020. Jikalau saya menggambarkannya sebagai suatu cabaran, ia adalah pernyataan yang meremehkan tetapi kami tetap gigih. Prestasi kami disokong oleh banyak faktor termasuk kepercayaan dari pelanggan, sokongan oleh kerajaan, komitmen dari vendor, ketahanan pihak penjual dan ketekunan kakitangan kami, kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

 

Pengurusan dan membuat keputusan strategik

Covid-19 telah menghentikan segala aktiviti ekonomi dan kesan buruknya memerlukan keputusan pengurusan yang cepat dan berhemah. Kawalan kos yang rapi serta peningkatan kecekapan yang telah dilakukan oleh PROTON selama beberapa tahun yang lepas membolehkan syarikat bertindak balas dengan cepat semasa menghadapi krisis ini. Oleh itu walaupun keadaan menjejaskan semua industri, tiada pemberhentian pekerja atau pengurangan gaji di PROTON. Lebih lagi, pemerhatian keadaan semasa dengan teliti membenarkan syarikat menyambung semula perniagaan dengan cepat.

 

Selepas perintah berkurung berakhir, PROTON memandang berat keselamatan untuk pelanggan dan pekerja. Protokol yang ketat digunakan untuk memastikan semua pelanggan, rakan kongsi dan pekerja boleh berurusan dengan ketenangan fikiran. Namun demikian, seperti industri lain yang bergantung kepada rantain bekalan global untuk komponen, syarikat terjejas oleh ketersediaan bahagian untuk pemasangan kereta dan mengisi semula stok alat ganti. Ini telah menyebabkan kelewatan dan, pada beberapa keadaan, menambahkan masa penungguan bagi pelanggan dari segi jualan dan servis. Langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan masaalah ini pada tahun akan datang tetapi untuk jangka masa pendek, beberapa kelewatan mungkin masih dialami.

 

Terus mendorong pembuatan dan kualiti

Komponen utama bagi prestasi PROTON pada 2020 adalah akibat pelaburan dalam bahagian pembuatan dan kualiti dalam bidang perkakasan dan perisian. Ini dicontohkan oleh penambahan jumlah kenderaan dibina serta pengenalan lancar Proton X50 ke barisan pemasangan di Tanjung Malim yang juga merupakan pusat pemasangan bagi Proton Persona, Iriz dan X70. Kilang di Shah Alam pula bersambung prestasinya dengan mengeluarkan jumlah Saga dan Exora yang tinggi. Lebin penting lagi PROTON menambah baik skor Global Customer Product Audit (GCPA) menunjukkan bahawa inisiatif kualitinya membawa hasil. Syarikat berjaya melakukan ini walaupun bahagian pemasangan adalah bahagian yang paling terjejas akibat wabak coronavirus.

 

Jumlah eksport meningkat semasa keadaan pasaran yang mencabarkan

Bahagian eksport PROTON telah berjaya mengaut kejayaan pada 2020 walaupun terdapat banyak halangan bagi pergerakan barangan secara global. Banyak aktiviti yang berlaku pada Disember termasuk pelancaran Proton Saga pasangan tempatan (CKD) yang pertama di Kenya dan pelancaran model itu bersama Proton X70 di Pakistan, di mana kedua buah kenderaan akan dijual secara import sepenuhnya (CBU) sebelum ia dipasang siap di kilang baru di Karachi tahun ini. Turut menerima Proton Saga adalah Negara Mesir dan Bangladesh manakala Proton X50 pula memasuki pasaran eksport pertamanya pada 19 Disember apabila ia dilancarkan di Brunei Darussalam, sekaligus menjadikannya model Proton keempat yang dilancarkan disana pada 2020.

 

Meningkatkan prestasi operasi jualan

Dengan pembukaan 20 pusat 3S/4S yang baru pada 2020, PROTON berjaya menambah jumlah pusat 3S/4S dalam rangkaiannya kepada 140 cawangan dalam usahanya untuk menambah baik rantaian nilai pelanggannya. Dengan hasrat untuk memberi pengalaman layanan jenama premium, syarikat telah memberi lebih tumpuan kepada proses lepas jualan dan bahagian ganti, dan walaupun masih ada isu yang perlu diatasi, usaha ini adalah sebahagian evolusi jangka masa panjang cara perniagaan dijalankan. Oleh demikian, model perniagaan PROTON telah berubah pada 2020 dari jualan ke pembeli individu kepada perniagan jualan borong ke peniaga dengan pindah milik 49 cawangannya. Ini memberi peluang ke syarikat untuk memberi lebih tumpuan kepada pembangunan produk baru, kualiti produk, layanan lepas jualan dan eksport sambil memberi peluang kepada peniaga untuk memberi mutu layanan pelanggan yang lebih tinggi.

 

Menyokong usaha kerajaan Malaysia

PROTON, sebagai sebuah jenama Malaysia, berasa bertanggungjawab untuk mara kehadapan semasa Negara dilanda wabak coronavirus. Syarikat telah menggunakan sumbernya untuk menyumbang kepada usaha melawan wabak itu termasuk peminjaman 50 unit Proton X70 ke Kementerian Kesihatan Malaysia, membuat dan mengagihkan 120,000 unit pelindung muka kepada barisan hadapan serta sumbangan dana, alat pernafasan dan perlatan perlindungan peribadi melalui pemegang sahamnya, Geely dan DRB-HICOM.

 

“2020 merupakan satu tahun yang mengujikan kebolehan PROTON kerana kami baru sahaja memulakan haluan baru. Sifat wabak ini memberi tekanan yang hebat kepada organisasi seperti kami yang bergantung kepada rangkaian bekalan global. Namun demikian, gabungan antara strategi perniagaan yang baik serta sifat komited perkerja PROTON telah membolehkan kami menambahkan penjualan semasa keadaan pasaran menurun dan mengukuhkan kepercayaan kepada strategi produk, kualiti dan komitmen kepada pelanggan kami. Pada masa yang sama, tanggungjawab kami ke Negara tidak diabaikan dan ia merupakan satu kejadian yang amat membanggakan bagi PROTON. Kami akan terus berusaha untuk memberi prestasi yang lebih baik dalam semua aspek perniagaan supaya boleh malangkah lebih kehadapan pada 2021,” berkata Dr Li Chunrong.

 

PROTON Jualan Untuk Seluruh 2020 – Prestasi Model Individu

 

Model

No unit dijual

Pencapaian jualan bagi seluruh tahun 2020

Saga

46,527

  • Jumlah kedua tertinggi bagi sedan segmen-A

Persona

23,917

  • Jualan tertinggi bagi sedan segmen-B

Exora

5,849

  • Jualan tertinggi bagi MPV segmen-C

Iriz

7,636

  • Jualan ketiga tertinggi bagi hatchback segmen-B

X70

21,944 

  • Jualan tertinggi bagi SUV segmen-C

X50

3,787

  • Jualan ketiga tertinngi bagi SUV segmen B          

Total

*109,716

 

*jualan model lain yang tidak disenarai telah ditambah kepada jumpah keseluruhannya

 

PROTON Skor GCPA pada akhir tahun – Prestasi Model individu

 

Model

Skor GCPA

Saga

883 markah

Persona

890 markah

Exora

863 markah

Iriz

880 markah

X70

880 markah

X50

715 markah

 

-Tamat-

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun