SIARAN AKHBAR

29 Jan 2021
PROTON MENYASARKAN PASARAN EKSPORT PADA 2021

- Model Saga dan SUV menerajui pertumbuhan jualan eksport

- Sasaran adalah menggandakan jumlah eksport dalam jangka masa 12 bulan

 

 

Subang Jaya, 29 Januari 2021 - Selepas setahun dimana ia berjaya mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh sebuah wabak dan melancarkan model SUV kedua, syarikat otomotif Malaysia, PROTON, kini menyasarkan penumbuhan jualan eksport pada 2021. Pada bulan Disember, aktiviti seperti permulaan operasi CKD di Kenya, dan pelancaran Proton X70 di Pakistan telah dilakukan dan ini menyumbang kepada penumbuhan jualan eksport sebanyak 50% pada akhir tahun 2020 berbanding dengan penumbuhan 8.8% bagi jualan pasaran tempatan.

 

Bagi tahun ini, syarikat telah menetapkan satu lagi sasaran mencabar untuk menggandakan penjualan eksport berbanding dengan tahun lepas walaupun sasaran itu mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas akibat sekatan untuk mengawal wabak. Model yang akan digunakan untuk memimpin penambahan jualan adalah Proton Saga, model terlaris PROTON serta Proton X70 dan Proton X50 yang akan diperkenalkan ke lebih pasaran antarabangsa secara beransur-ansur.

 

Eksport akan memperkasa masa depan PROTON

Pasaran eksport adalah amat penting bagi PROTON untuk mencapai matlamat jangka masa panjangnya, iaitu ditempatkan sebagai jenama otomotif yang tiga teratas di ASEAN dari segi jualan. Walaupun mendahului jualan di pasaran tempatan akan tepat menjadi matlamat utama, pihak syarikat akui ia perlu menambah jumlah jualan antarabangsa untuk mengembang pada masa hadapan.

 

Tugas untuk memimpin pengembangan luar Negara PROTON telah diberi kepada Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa.

 

“Bahagian jualan antarabangsa PROTON telah mencari banyak peluang bagi menambahkan jualan eksport selama dua tahun lepas. Kami telah mengguna pelbagai strategi untuk mencapai matlamat ini termasuk menjual kenderaan CBU yang dibina di Malaysia dan menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan untuk membina kenderaan CKDdi luar Negara.

 

“Kami menyasarkan penambahan yang mendadak bagi 2020 tetapi rancangan tersebut terjejas akibat Covid-19. Walau bagaimanapun, kami berjaya menambah jualan eksport dan menebus pasaran baru seperti Kenya serta melancarkan Proton X50 di Brunei hanya dua bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia dan ini memberi dorongan positif untuk usaha kami tahun ini,” beliau berkata.

 

Salah satu kunci untuk mengembangkan eksport adalah produk yang menarik perhatian pelanggan di pasaran luar Negara. Contohnya, Proton Saga yang dijual di Pakistan menguna enjin 1299cc berbanding dengan enjin 1322cc yang diguna di Malaysia untuk mematuhi keperluan kenderaan berkapasiti kecil di sana. Model yang sama juga dijual di Nepal kerana ia mempunyai alat pemanas kabin, komponen penting bagi pasaran yang mengalami musim sejuk.

 

Proton X70 dan Proton X50 pula membantu memproyeksikan imej jenama yang canggih. Kedua SUV itu mempunyai perisian canggih, ciri arahan suara serta sistem bantuan pemandu yang membolehkan mereka bersaing dengan model dari jenama Jepun dan Korea serta membantu menyampaikan pesanan jenama PROTON di pasaran di mana membina pendidikan pengguna adalah langkah penting.

 

“Proton Saga tetap menjadi model yang popular di banyak negara kerana ketahanan, kepraktisan dan harga yang memberi nilai wang yang tinggi tetapi untuk menaikkan taraf jenama kami, ia adalah penting bagi Proton X70 dan Proton X50 untuk dieksport juga. Ini adalah kerana kedua model ini dapat mempamerkan kebolehan PROTON dan ini akan membantu membuka jalan bagi model kami yang lain pada masa hadapan,” tambah Steven.

 

Bekerjasama untuk kejayaan bersama

Walaupun pengedar dan pengimport kenderaan Proton di luar Negara dimiliki oleh entiti tempatan, pihak syarikat berkerjasama bersama mereka supaya rancangan pengenalan, promosi dan pelancaran produk adalah sesuai dengan keadaan pasaran tempatan. Dengan membina imej jenama yang konsisten PROTON sedang mengambil langkah ke arah menjadi entiti global dan membuka jalan menuju penembusan di wilayah lain pada masa depan.

 

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah bukan sahaja bertanggungjawab mengawasi jualan kenderaan malah beliau juga perlu mengawasi aktiviti pemasaran dan promosi jenama.

 

“Jenama PROTON kini berusia lebih 35 tahun dan walaupun ia mempunyai pengiktirafan jenama yang kuat dari aktiviti eksport dahulu dan penyertaan dalam sukan permotoran antarabangsa, produk kami tidak boleh didapati di banyak pasaran antarabangsa. Produk baru kami yang dikemas kini dan dikembangkan bersama Geely mempersembahkan peluang untuk mengubah naratif ini dan kami optimis ia akan menerima sambutan yang hebat di banyak pasaran baru,” kata Roslan.

 

“Dengan kerjasama rakan antarabangsa kami, PROTON berhasrat untuk menyampaikan mesej yang konsisten di semua pasaran eksport kami dan ini akan mempermudah nama jenama Proton untuk memantapkan dirinya di lebih banyak pasaran antarabangsa. Ini sejajar dengan tujuan kami untuk mempromosikan Malaysia dan vendornya di peringkat serantau dan global. Akhirnya ini akan meningkatkan daya saing mereka dan memberi manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan,” tambah Roslan.

 

-Tamat-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun