SIARAN AKHBAR

2 Jun 2021
PASARAN AUTOMOTIF SUSUT PADA BULAN MEI

- PROTON menjual 9,440 unit pada bulan Mei dan 57,283 unit bagi tempoh lima bulan pertama tahun 2021

- Jumlah eksport meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih lapan tahun ini.

 

 

Subang Jaya, 02 Jun 2021 - Selepas mengalami jualan yang sangat baik selama dua bulan berturut, dimana Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) secara puratanya melebihi 60,000 unit sebulan, industri automotif di Malaysia susut dengan kadar lebih kurang 20% pada bulan Mei kerana isu-isu seperti kekurangan cip dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nasional. PROTON berjaya menjual 9,440 unit (domestik + eksport) bulan lepas, satu penyusutan sebanyak 37.1% berbanding bulan April, dan bersamaan dengan pegangan pasaran sebanyak 20.3%. Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah jualan yang telah direkodkan adalah sebanyak 57,283 unit dengan pegangan pasaran sebanyak 23.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ini merupakan peningkatan sebanyak 2.4%.

 

Model Proton mendahului empat segmen sementara eksporty mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan.

Setelah mendahului pasaran secara keseluruhan pada bulan April Proton Saga telah melepaskan pegangan takhtanya, namun tetap mengakhiri bulan dengan jualan terbanyak bagi segmen-A apabila 3,786 unit diserahkan kepada pemilik. Saga juga merupakan salah satu daripada empat model Proton yang mendahului kelasnya.

 

Seperti bulan sebelumnya, Proton X50 dan X70 terus mendahului segmen masing-masing dengan margin yang besar. SUV Proton X50 mampu mencapai 1,899 unit pada bulan Mei manakala Proton X70 pula berjaya mencapai 1,523 unit. Secara keseluruhan sebanyak 3,422 unit telah diserahkan kepada pemilik di Malaysia dan luar negara. Proton Exora merupakan pendahulu segmen yang keempat bagi syarikat dan masih memegang tempat biasanya, iaitu juara bagi kelas MPV segmen-C.

 

Pada masa yang sama, usaha jualan PROTON diluar negara terus membina momentum meskipun pasaran antarabangsa mempunyai pelbagai langkah kawalan pergerakan. Dengan 669 unit. yang merangkumi Proton Saga, Proton X50 dan Proton X70, dieksport pada bulan Mei, pencapaian ini juga merupakan bulan terbaik untuk bahagian jualan antarabangsa syarikat sejak Mac 2013. Dengan itu, jumlah jualan pasaran eksport bagi tahun 2021 setakat ini kurang dari 100 unit sahaja berbanding jumlah jualan keseluruhan tahun lepas

 

“Jualan kereta bulan Mei menurun atas pelbagai faktor seperti kekurangan bekalan cip dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pertengahan bulan. Walaupun kebanyakan pemain industri mempunyai tempahan yang mencukupi, kebanyakan perlu bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan. Bagi PROTON, jualan jualan kami mencukupi untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhan dan kami juga menerima sumbangan daripada bahagian eksport yang berjaya mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan walaupun menghadapi cabaran dari rangkaian penghantaran antarabangsa,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

Memberi tumpuan kepada rancangan masa hadapan

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bermula 1 Jun, jualan kenderaan akan tergendala untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu dan ada kemungkinan ia akan dilanjutkan untuk mengurangkan kadar jangkitan. Tidak seperti tahun sebelumnya, pusat servis dibenarkan beroperasi bagi pelanggan yang telah menempah janji temu telebih dahulu.

 

Syarikat juga akan mengambil kesempatan ini untuk menambah baik semula pelan jualan bagi bulan-bulan akan datang setelah industri menerima suntikan dengan penyambungan insentif PENJANA sehingga akhir tahun ini. Pada masa yang sama kami akan mengambil langkah bagi memastikan perniagaan mampu berdaya saing pada masa hadapan walaupun menghadapi perubahan diluar kawalan dan faktor lain seperti virus corona.

 

”Tahun 2020 membuktikan pada dunia bahawa perniagaan berjalan seperti biasa mampu diganggu tanpa sebarang amaran. Untuk kekal kompetitif dalam persekitaran yang sukar diramal, PROTON berserta pembekal dan wakil jualannya perlu bersifat lebih anjal untuk mengubah haluan dengan kadar segera mampu mengambil peluang yang tidak diduga. Dengan itu, kami akan gandakan usaha kami untuk melaksanakan kerangka kerja untuk mematuhi peraturan domestik dan peringkat antarabangsa yang penting untuk pertumbuhan masa hadapan.

 

“Kami juga sedang dalam usaha untuk memuktamadkan pelan pelancaran model bagi sepanjang tahun ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada masa ini sudah tentu akan memberi impak kepada tarikh yang dirancang, namun PROTON tetap komited untuk memastikan pelancaran akan dijalankan dan terus memberi keterujaan pada pelanggan untuk tahun 2021”, tambah Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

PROTON Mei 2021 – Prestasi Model Individu

 

Model

Jumlah unit terjual

Pencapaian jualan bagi Mei 2021 

Saga

3,786

  • Jualan tertinggi bagi sedan segmen-A 

Persona

1,303

  • Jualan ke-3 tertinggi bagi sedan segmen-B

Exora

399

  • Jualan tertinggi MPV segmen-C

Iriz

526

  • Jualan ke-4 tertinggi bagi hatchback segmen-B

X70

1,523

  • Jualan tertinggi bagi SUV segmen-C

X50

1,899

  • Jualan tertinggi bagi SUV segmen-B

Total

*9,440

 

*jualan model lain yang tidak disenaraikan menyumbang kepada jumlah jualan.

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun