SIARAN AKHBAR

2 Mar 2021
PEGANGAN PASARAN PROTON DI PARAS TERTINGGI DALAM MASA TUJUH TAHUN

- Jualan 11,873 unit pada bulan Februari bersamaan pegangan pasaran 27.1%

- 3,345 unit Proton X50 dihantar kepada pembeli merupakan pencapaian tertinggi

 

Subang Jaya, 02 Mac 2021 - Pencapaian pada bulan Februari jenama automotif Malaysia, PROTON, telah berjaya sampai ke tahap yang tidak dialami selama beberapa tahun. Berikutan jualan 11,873 unit (pasaran tempatan dan eksport) – jualan paling tinggi bagi bulan Februari dalam lebih sepuluh tahun, PROTON mencapai pegangan pasaran sebanyak 27.1%, tahap tertinggi semenjak September 2013.

 

Secara keseluruhan, PROTON mengakhiri Februari di tangga kedua selepas menambah jualan hampir dua kali ganda berbanding 5,964 unit yang dijual pada bulan Januari. Berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2020 pula, jumlah jualan meningkat sebanyak 19.9% manakala jumlah kumulatif dua bulan pertama 2021 masih kurang 643 unit atau 3.5% berbanding dengan tahun lepas.

 

Penghantaran Proton X50 meningkat dan empat model Proton mendahului segmen

Apabila PROTON melancarkan Proton X50 pada 27 Oktober 2020, sambutan dari rakyat Malaysia amat memberangsangkan. Lebih daripada 30,000 tempahan diterima sebelum akhir tahun tetapi masa menunggu penghantaran telah meningkat akibat kelewatan yang dialami di barisan pengeluaran dan fokus syarikat kepada kualiti. Selepas 3,345 unit dihantar pada bulan Februari, sebanyak 8,141 unit kini berada di tangan pembeli dan kadar bekalan semakin mendekati jumlah permintaan.

 

Pencapaian ini adalah jumlah terbesar bagi SUV dalam sejarah Malaysia dan sekaligus membolehkan Proton X50 diberi gelaran SUV paling laris bagi segmennya dan secara keseluruhan. Apabila jualan sebanyak 1,475 unit Proton X70 (jumlah tertinggi bagi SUV segmen-C) pula ditambah ke jumlah kumulatif, syarikat berjaya menjual sebanyak 4,820 unit SUV pada bulan Februari, keputusan yang terbaik pernah tercapai dalam sejarah pasaran automotif negara.

 

Namun begitu, model yang paling laris tetap Proton Saga. Sebanyak 4,217 unit telah dijual dan model sedan segmen- A ini tetap menarik perhatian pembeli dengan kombinasi ciri practical, rupa bentuk menarik dan kadar nilai wang yang tinggi. Ia juga menerima gelaran model pertama Proton dijual di Kenya apabila kenderaan yang dipasang siap di sana oleh rakan perniagaan PROTON, Simba Corporation, dilancarkan pada 25 Februari.

 

Model Proton lain juga menunjuk prestasi yang tinggi. Gelaran sedan segmen-B terlaris berjaya disandang oleh Proton Persona setelah 1,818 unit dijual, mengalahkan saingan dari model-model yang lebih baru. Proton Exora pula kekal di tangga teratas bagi MPV segmen-C manakala Proton Iriz di tempat ketiga bagi hatchback segmen-B.

 

“Bulan Februari adalah bulan yang penuh cabaran bagi industri automotif Malaysia tetapi ia memberi keputusan cemerlang bagi PROTON. Atas semua usaha kerajaan untuk memastikan aktiviti ekonomi boleh berterusan semasa PKP, syarikat berjaya menghasilkan lebih kenderaan dan ini mengurangkan tunggakan pesanan kami. Ini amat penting kerana kami perlu menghantar kenderaan ke pembeli secara konsisten untuk mengelakkan keadaan huruhara apabila insentif PENJANA berakhir pada 30 Jun tahun ini.

 

“Segmen automotif akan terus menarik perhatian pembeli pada 2021 dengan banyak pelancaran baru dari pelbagai jenama, sekaligus mendorong saingan antara PROTON dan syarikat lain, tetapi kami akan terus bersikap berhatihati dalam semua usaha kami untuk mengelakkan kadar infeksi meningkat semula,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

 

PROTON memberi tumpuan kepada servis lepas jualan

Strategi 10-tahun PROTON memerlukan syarikat baik pulih beberapa operasi untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh, kualiti pengeluaran perlu ditingkatkan serta merta dan pada masa sekarang, markah kualiti PROTON kini hampir setandaing dengan rakan kongsinya, Geely. Rangkaian pengedaran juga banyak berubah sehingga syarikat mempunyai jumlah fasiliti 3S/4S yang tertinggi dan telah berjaya mengubah tumpuan kepada perniagaan borong dari perniagaan yang ditumpukan kepada pengguna.

 

Langkah-langkah ini memberi keputusan yang cemerlang dan PROTON telah mencapai kadar penumbuhan jualan tertinggi industri automotif bagi dua tahun yang lepas. Pada tahun ini, syarikat akan memberi tumpuan kepada pemulihan rantaian nilai lepas jualan supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman jenama premium selepas membeli kenderaan mereka.

 

“PROTON akui beberapa aktiviti perniagaan kami tidak mampu sampai ke tahap kejayaan yang dialami beberapa tahun lepas. Walaupun kualiti pengeluaran, imej jenama dan teknologi yang ditawarkan dalam kenderaan kami telah meningkat, servis lepas jualan tidak berjaya bergerak kehadapan pada kadar yang sama. Memburukkan keadaan lagi adalah wabak Covid-19 dan keputusan untuk melabur dalam sistem pesanan dan hantaran yang baru pada 2020.

 

“Akibatnya, kami telah mengalami masaalah integrasi dan ini menyebabkan kelewatan bagi pelanggan yang memerlukan khidmat pembaikkan kemalangan serta khidmat servis dijadualkan. Pihak PROTON sedang bekerja tanpa henti untuk mengatasi situasi ini secepat mungkin tetapi buat masa kini, saya mendesak semua pelanggan Proton yang sedang menghadapi kelewatan untuk membuat panggilan ke talian perkhidmatan pelanggan kami di 1- 800-88-8398,” tambah Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

PROTON Februari 2021 – Prestasi Jualan Model

 

Model

No of units sold

 Sales achievement for January 2021

Saga

4,217

  • Jumlah kedua tertinggi sedan segmen-A

Persona

1,818

  • Jumlah tertinggi sedan segmen-B

Exora

361

  • Jumlah tertinggi MPV segmen-C

Iriz

650

  • Jumlah ketiga tertinggi hatchback segmen-B

X70

1,475

  • Jumlah tertinggi SUV segmen-C

X50

3,345

  • Jumlah tertinggi SUV segmen-B dan SUV secara keseluruhan

Total

*11,873

 

* angka jualan model lain yang tak tersenarai telah ditambah ke jumlah jualan keseluruhan

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun