SIARAN AKHBAR

3 May 2021
JUALAN PROTON MENINGKAT UNTUK TIGA BULAN BERTURUT-TURUT

- 15,017 unit pada bulan April mengekalkan momentum jualan pada tahun 2021

- Proton Saga meraih kembali kedudukan kereta paling laris untuk kali pertama sejak Mei 2020

 

 

Subang Jaya, 03 Mei 2021 - PROTON meneruskan momentum jualan pada tahun 2021 dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April. Syarikat telah menjual sebanyak 15,017 unit (domestik+eksport) untuk memulakan suku kedua pada tahun ini, yang merupakan peningkatan sebanyak 0.18% berbanding bulan sebelumnya dan setara dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 26.7%. Secara keseluruhan, PROTON terus mengukuhkan kedudukannya di tempat ke dua dalam jadual kedudukan penjualan dengan pegangan pasaran untuk tahun ini dianggarkan pada 24.4% sementara jumlah keseluruhan kini berada pada 47,843 unit berikutan empat bulan pertama tahun ini.

 

Proton Saga kembali ke puncak carta jualan

Proton Saga kembali ke puncak carta jualan nasional dengan 5,472 unit dijual pada bulan April. Walaupun jumlahnya sedikit berkurangan berbanding dengan bulan sebelumnya, permintaan untuk produk terlaris PROTON tetap tinggi dan melebihi jumlah unit yang dibekalkan.

 

Sementara itu, model SUV PROTON terus menetapkan jumlah penjualan yang kukuh. Proton X50 sekali lagi menetapkan rekod baru bagi jumlah penghantaran apabila 3,583 unit dihantar pada bulan April manakala Proton X70 memperluaskan penguasaannya dalam kategori SUV segmen-C dengan 2,101 unit dihantar. Gabungan 5,684 unit adalah bulan penjualan SUV kedua terbaik bagi syarikat dan hanya sedikit di belakang rekod yang dicapai dalam bulan Mac.

 

PTiga model PROTON yang lain juga menunjukkan prestasi yang baik dan ketiga-tiganya berjaya mengalami bulan terbaik pada tahun 2021. Walaupun mendapat persaingan yang kuat di pasaran sedan segmen-B, Proton Persona berjaya mencapai jualan sebanyak 2,266 unit, memperolehi tempat kedua dalam segmennya. Sementara itu, Proton Exora terus mendahului kelas MPV segmen-C manakala jualan Proton Iriz mendapat peningkatan dari permintaan yang tinggi untuk model R3 Edisi Terhad dan ini membolehkannya mencapai bulan penjualan terbaik sejak 2019.

 

“April adalah bulan yang bagus untuk industri automotif dan selain dari PROTON, beberapa jenama lain juga mempunyai bulan terbaik tahun ini. TIV dianggarkan melebihi 56,000 unit kerana semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan penjualan sebelum berakhirnya insentif cukai penjualan PENJANA pada akhir bulan Jun.

 

“Bagi PROTON, kami meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan produk kami yang tinggi di samping mengekalkan tahap kualiti produk. Pada masa yang sama, kami fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti, satu aspek yang sangat penting ketika jumlah penjualan kami sedang meningkat. Kami menjangkakan situasi akan semakin pulih dan kami tetap berusaha keras untuk memendekkan jangka masa itu,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eskekutif, Proton Edar.

 

Pelaburan untuk masa depan

Selain dari peningkatan penjualan, bulan April juga telah menyaksikan PROTON mengadakan upacara pecah tanah untuk kilang tekan tera baru di kilang Tanjung Malim. Kemudahan RM200 juta itu dijangka beroperasi pada suku ketiga 2022 dan akan membolehkan syarikat mengeluarkan panel badan yang jauh lebih besar.

 

“Sebagai cabang penjualan dan pengedaran PROTON, Proton Edar memandang pelaburan di kilang tekan tera badan kereta baru sebagai satu perkembangan positif. Manfaat yang akan diperolehi dari peningkatan jumlah pengeluaran, kos yang lebih rendah dan peningkatan kualiti akan memungkinkan kami untuk meningkatkan penjualan samada di dalam atau di luar negara. Ini akan akan mendorong syarikat untuk mecapai matlamat jangka masa panjang,’ tambah Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

PROTON April 2021 – Prestasi Model Individu

 

Model

Jumlah unit terjual

Pencapaian jualan pada April 2021 

Saga

5,472

  • Jumlah tertinggi sedan segmen-A dan jumlah tertinggi keseluruhan di Malaysia

Persona

2,266 

  • Jumlah kedua tertinggi sedan segmen-B

Exora

616

  • Jumlah tertinggi MPV segmen-C

Iriz

974

  • Jumlah ketiga tertinggi hatchback segmen-B

X70

2,101

  • Jumlah tertinggi SUV segmen-C

X50

3,583

  • Jumlah kedua tertinggi SUV segmen-B

Total

*15,017

 

*angka jualan model lain yang tak tersenarai telah ditambah ke jumlah jualan keseluruhan

 

 

 

    

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun