SIARAN AKHBAR

3 Nov 2021
JUALAN PROTON MELEPASI JUALAN PADA TAHUN 2020

- Pembuat kereta nasional menjual lebih banyak kenderaan walaupun dengan Jumlah Jualan Industri (TIV) lebih rendah

- 13,362 unit dijual pada bulan Oktober meningkatkan jumlah jualan kepada 86,379 unit 

 

 

Subang Jaya, 03 November 2021 - Selepas meraikan kejayaan bulan Oktober apabila kadar jualan meningkat sebanyak 28.7% berbanding bulan sebelumnya, pembuat kereta nasional PROTON kini telah melepasi jualan dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas. Dengan jualan sebanyak 13,362 unit, jualan terkumpul setakat ini berada pada 86,379 unit, merupakan penambahan sebanyak 1.6% daripada jualan sepuluh bulan pertama tahun 2020 (84,999 unit).

 

Kejayaan ini bermakna syarikat telah melangkaui prestasi pada Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak lebih kurang 4.7% walaupun dengan jualan melebihi 65,000 unit buat kali pertama pada bulan Oktober untuk tahun 2021. Unjuran pegangan pasaran bagi bulan tersebut adalah sebanyak 20.5%, sementara pegangan pasaran bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas adalah sebanyak 22.7%.

 

Model PROTON kekal menerajui jualan dalam tiga segmen. 

Sebagaimana bulan-bulan dalam tahun 2021 sebelum ini, Proton Saga terus menerajui pencapaian jualan bagi PROTON. Sebanyak 5,107 unit telah dijual pada bulan Oktober, menandakan telah tiga kali model tersebut melepasi jualan melebihi 5,000 unit tahun ini. Dalam tempoh yang sama berbanding tahun lalu, Saga juga kekal sebagai peneraju jualan bagi sedan segmen-A yang tidak boleh dipertikaikan dan pilihan untuk pembeli yang mahukan kereta mampu milik dengan ciri-ciri terkini dan punyai dinamika perlumbaan yang terbukti. 

 

Dua lagi peneraju jualan syarikat adalah merupakan model SUV, iaitu Proton X50 dan Proton X70. SUV segmenB Proton X50 beroleh kejayaan terbaik bulan lalu sejak dari pelancarannya dengan jualan sebanyak 3,839 unit. SUV yang lebih besar, Proton X70 mengekalkan momentum dengan jualan sebanyak 2,165 pada bulan Oktober, hasil terbaik sejak bulan Mac tahun ini. Dengan hanya berbaki dua bulan tahun 2021, kedua-dua model X50 dan X70 berada di kedudukan selesa sebagai model jualan terbaik bagi segmen masing-masing dan membuktikan lagi bahawa citarasa pembeli telah beralih arah kepada model SUV. 

 

Bagi rangkaian model yang lain, Proton Exora terus mendahului pasaran MPV segmen-C dengan jualan sebanyak 359 unit. Model Iriz dan Persona 2022 walau bagaimanapun terkesan teruk dengan kekurangan bekalan cip yang memberikan impak kepada produksi atau penghasilannya. Sebanyak 1,393 unit Persona dijual pada bulan Oktober manakala Iriz pula sebanyak 497 unit.

 

“Jualan PROTON pada bulan Oktober boleh disimpulkan sebagai kisah permintaan dari pelanggan yang tinggi dan potensi jualan yang tidak kesampaian. Sementara kita gembira dengan populariti Proton Saga dan pencapaian kedua-dua model SUV, kita terlepas untuk memasukkan lebih banyak lagi unit kedalam jumlah jualan sementara kami berusaha untuk memperoleh bekalan komponen. Permintaan pasaran dijangka kekal kuat menjelang akhir tahun, jadi kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan tahun 2021 ditutup dengan kejayaan besar,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar

 

Lanjutan pengecualian cukai SST akan memberikan faedah pada pelanggan

Pembentangan belanjawan Malaysia tahun 2022 mutakhir ini menyaksikan pengumuman bahawa Cukai Servis dan Jualan (SST) bagi industri automotif akan dilanjutkan kepada 30 Jun 2022. Ini bukan sahaja membawa khabar gembira kepada pemain industri, tetapi juga kepada pelanggan mereka. Bagi PROTON, ini bermakna pembeli yang sabar menunggu kenderaan baharu mereka tidak lagi perlu bimbang akan kehilangan insentif jika kenderaan mereka diserahkan pada tahun hadapan. 

 

“PROTON ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia diatas lanjutan pengecualian cukai SST. Dangan pengecualian tersebut, ia memberikan kami peluang untuk menunaikan tempahan yang telah diterima dan tidak memberikan kesan yang tidak baik pada pelanggan yang telah menunggu sekian lama akibat sesuatu yang luar dari kawalan mereka. Kami juga menjangkakan lanjutan tersebut akan meningkatkan jualan separuh bulan pertama tahun depan dimana kemungkinan banyak model akan diperkenalkan ke pasaran,” tambah Roslan Abdullah. 

 

 

-End-

 

PROTON Oktober 2021 – Prestasi Model secara Individu (termasuk export)

 

Model

Jumlah unit terjual  Pencapaian jualan untuk Oktober 2021

Saga

5,107 

Jualan sedan segmen-A kedua tertinggi

Persona

1,393 

Jualan sedan segmen-B ketiga tertinggi

Exora 359

Jualan tertinggi MPV segmen-C

Iriz

497

Jualan hatchback segmen-B keempat tertinggi

X70

2,165 

Jualan SUV segmen-C tertinggi

X50

3,839

Jualan SUV segmen-B tertinggi

Total

*13,362

 

*Jumlah jualan model lain yang tidak dinyatakan dimasukkan pada jumlah jualan keseluruhan

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun