SIARAN AKHBAR

5 Oct 2021
JUALAN PROTON PADA BULAN PERTAMA SELEPAS PKP MELEPASI 10,000 UNIT

- 10,380 unit dijual pada September dengan jumlah jualan tahunan sebanyak 73,017 unit

- Pegangan pasaran dianggarkan 23.9% manakala Saga menjadi model paling laris di Malaysia

 

 

Subang Jaya, 05 Oktober 2021 - – Bulan pertama dimana keadaan pasaran automotive kembali pulih selepas PKP merupakan satu bulan yang sangat produktif bagi syarikat pembuat kereta tempatan, PROTON. Dengan jualan kenderaan sebanyak 10,380 unit, syarikat berjaya mengekalkan kedudukan kedua di Malaysia. Pada masa yang sama, pegangan pasaran dianggarkan sekitar 23.9% yang bersandaran kepada anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 43,500 unit. Secara keseluruhan, pegangan pasaran bagi 2021 berada pada 23%, jika dibandingkan dengan angka penutup sebanyak 20.7% tahun lalu.  

 

Proton Saga menerajui jualan negara sekali lagi 

Prestasi jualan PROTON pada bulan September dipacu oleh jualan Proton Saga. Sebanyak 3,907 unit sedan segmen-A itu dijual bulan lepas, satu pencapaian yang bukan sahaja menerajui segmennya, tetapi juga membolehkan model paling popular syarikat menduduki tempat teratas bagi jualan model secara individu. 

 

Pada masa yang sama, jualan SUV PROTON terus kekal utuh dengan peningkatan penyerahan kedua-dua kenderaan siri-X untuk memenuhi permintaan. Kedua-dua model mengungguli segmen mereka dengan 2,431 unit Proton X50 diserahkan pada bulan September sementara jualan Proton X70 sebanyak 1,577 unit. Secara keseluruhan, 27,312 unit SUV telah dijual oleh syarikat pada tahun 2021, bersamaan 37.4% jualan keseluruhan tahunan syarikat sebanyak 73,017 unit. 

 

Model Persona dan Iriz 2022 baharu pula mencatatkan jualan bulan pertama yang memberangsangkan. Walaupun bahagian produksi terkesan oleh kekurangan bekalan komponen, PROTON masih mampu untuk menyerahkan 1,440 unit Persona dan 749 unit Iriz, yang juga menampilkan varian Iriz Active. 

 

“Kami amat berpuas hati dengan pencapaian baik PROTON pada bulan September. Sebenarnya, kami mampu untuk menjual lebih dari 10,380 unit yang diperolehi, tetapi konteks harus diberikan kepada prestasi kami kerana Malaysia dalam proses pemulihan pandemik yang masih lagi memberi kesan kepada pembekal-pembekal industri automotif. Situasi kini bertambah baik, tetapi kekurangan bekalan cip dan komponen lain adalah isu yang tidak akan selesai dalam masa yang singkat, jadi kami harus berhati-hati apabila membuat anggaran jualan kerana kapasiti produksi tertakluk kepada perubahan semasa.” 

 

“Oleh itu, bagi tiga bulan akhir tahun ini, PROTON akan menumpukan perhatian untuk menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan yang telah mebuat tempahan. Menyelesaikan masalah permintaan yang tertangguh akan membolehkan lebih banyak jualan pada tahun hadapan dan membantu kita untuk maju kehadapan dengan perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian produk yang boleh diberikan kepada pasaran tempatan dan eksport,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar

 

Rangkaian jualan dan pusat servis dibuka di seluruh negara

Berikutan semua negeri berada pada Fasa 2 atau lebih dalam Pelan Pemulihan Negara, semua rangkaian jualan dan pusat servis PROTON telah dibuka di seluruh negara. Sementara operasi akan dikawal dengan SOP ketat untuk memastikan jumlah orang yang terhad di dalam premis, pelanggan yang telah mendapat vaksinasi penuh dialu-alukan untuk ke bilik pameran untuk melihat dan pandu uji semua tawaran produk syarikat. 

 

“Sementara kita menyaksikan pertumbuhan pada angka tempahan dalam talian, PROTON dan wakil jualannya telah membuat pelaburan besar untuk menambah baik rangkaian jualan dan servis sejak beberapa tahun lalu. Pengalaman jenama terbaik masih diberikan secara peribadi, jadi kami telah adaptasi prosedur operasi baharu bagi menyesuaikan diri dalam situasi pandemik,” tambah Roslan Abdullah. 

-Tamat-

 

PROTON September 2021 – Prestasi Model Secara Individu (termasuk eksport)

 

Model

Jumlah unit terjual

Pencapaian jualan bagi September 2021

Saga

3,907

  • Jualan segmen-A tertinggi dan jualan keseluruhan tertinggi 

Persona

1,440

  • Jualan sedan segmen-B kedua tertinggi 

Exora

272

  • Jualan MPV segmen-C tertinggi 

Iriz

749

  • Jualan hatchback segmen-B ketiga tertinggi 

X70

1,577

  • Jualan SUV segmen-C tertinggi 

X50

2,431

  • Jualan SUV segmen-B tertinggi 

Total

*10,380

 

*Jualan bagi model lain yang tidak dinyatakan dimasukkan pada jumlah angka keseluruhan jualan

 

 

 

 

  

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun