SIARAN AKHBAR

8 Sep 2021
PROTON SASARKAN PEMULIHAN JUALAN BAGI 4 BULAN TERAKHIR

- 5,354 unit dijual dalam bulan Jun-Ogos dengan jualan seluruh tahun sebanyak 62,637 unit

- Pemulihan perniagaan mengikut jadual setelah pekerja, pembekal dan wakil jualan menerima vaksinasi penuh

 

Subang Jaya, 08 September 2021 - Setelah hampir tiga bulan mengharungi keadaan pasaran yang amat sukar disebabkan pencegahan penularan Covid-19, jenama kereta nasional PROTON mensasarkan untuk mengakhiri tahun 2021 dengan impak yang nyata. Ini berikutan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport kembali beroperasi yang dijangkakan akan meningkatan hasil jualan bermula bulan September.

 

Jualan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun 2020

Dari bulan Jun hingga Ogos 2021, PROTON berjaya memperolehi jumlah jualan sebanyak 5,354 unit yang merangkumi campuran pendaftaran dalam talian dan eksport. Produksi terhad telah dijalankan di kilang Tanjung Malim selepas pegumuman negeri Perak sebagai negeri Fasa 2 pada 5 Julai, tetapi ini hanya untuk seketika akibat kekurangan bekalan dari pembekal di Selangor. Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, iaitu satu peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

 

“Jumlah jualan kami sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi PROTON dalam lima bulan pertama tahun ini. Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh 4 bulan terakhir tahun ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

Dengan kedua-dua kilang kini beroperasi, PROTON juga boleh memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara. Sebagai contoh, Pakistan akan menerima tiga penghantaran Proton X70 sebanyak 108 unit pada bulan September termasuk pek CKD untuk Proton Saga yang kini dijangkakan akan bermula dipasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.

 

Salah satu kunci kepada kebolehupayaan syarikat untuk membuka semula kilang adalah atas kejayaan pelan vaksinasi PIKAS. Data terkini menunjukkan lebih 93% daripada warga kerja PROTON telah divaksinasi sepenuhnya manakala lebih 75% pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga talah mendapat vaksin penuh. Oleh itu, keseluruhan ekosistem PROTON hampir dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 100% berdasarkan SOP semasa untuk pembukaan kilang dan premis perniagaan.

 

“Selain dari pelanggan di pasaran Malaysia, pasaran eksport PROTON juga mendapat manfaat dari pembukaan semula aktiviti produksi. Adalah terlalu awal untuk kita ketahui berapa cepat kita dapat penuhi tuntutan langganan yang belum dijelaskan, namun pihak kami berusaha merapatkan jurang saban hari.

  

“Sebagai tambahan, kejayaan program vaksinasi kami adalah penting demi prestasi bagi baki tahun ini. Dengan mempunyai tenaga kerja yang divaksin sepenuhnya, kita dapat memberi jaminan kepada pasaran bahawa PROTON telah mengambil setiap langkah yang diperlukan bagi memastikan pelanggan yang telah mendapatkan vaksinasi penuh turut dilindungi ketika melawat pusat pameran dan servis kami,” tambah Roslan Abdullah.

 

 

-Tamat-

 

PROTON Jun - Ogos 2021 – Prestasi jualan bagi model individu (pendaftaran dalam talian + eksport)

 

Model

Jumlah unit terjual

Saga

1,645

Persona

1,091

Exora 303

Iriz

753

X70

790

X50

764

Total

*5,354

*jualan model lain yang tidak disenaraikan turut dimasukkan kedalam jumlah jualan keseluruhan

 

 

 

  

 

  

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun