SIARAN AKHBAR

27 Dec 2022
PROTON MENGHANTAR KERETA KE METRO DRIVING ACADEMY

-  50 unit Proton Iriz yang diubah suai oleh ACE untuk kegunaan sekolah memandu

 

Subang Jaya, 27 Disember – Pengeluar kereta nasional PROTON baru-baru ini menyerahkan 50 unit Proton Iriz kepada Metro Driving Academy. Kereta tersebut telah diubah suai oleh ACE, anak syarikat Proton Global Services yang mengkhusus dalam binaan dan pengubahsuaian, dan dibina mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. 

 

“PROTON berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik dan melatih pemandu baharu Malaysia. Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya. Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.


Metro Driving Academy yang ditubuhkan sejak 1998, merupakan akademi memandu berlesen yang telah dianugerahkan Akademi Pemanduan Terbaik dan Akademi Pemanduan Bertaraf 5 Bintang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kereta-kereta dari PROTON itu diserahkan dalam satu majlis penyerahan kepada Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Encik Mat Aris Bakar. Kereta ini akan digunakan oleh pelajar di kampus Subang dan Puchong. 

 

Walaupun saiznya yang kompak, Proton Iriz telah dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 Bintang dan dilengkapi dengan senarai komprehensif ciri keselamatan seperti struktur badan yang menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) and Hill Hold Assist (HHA).

Ciri yang paling berguna untuk pelajar ialah kamera undur dan sensor tempat letak kereta untuk membantu dari segi visual dan bunyi semasa meletakkan kereta. Manakala suis mod ECO menggalakkan pemanduan yang lebih cekap dengan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik.

“Sekolah memandu adalah titik pertemuaan yang bagus untuk PROTON mendekatkan diri dengan generasi muda. Dengan kerjasama Metro Driving Academy, kami boleh mempamerkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh produk kami dan memanfaatkan jiwa pembeli kereta kali pertama yang berpotensi,” tambah Roslan Abdullah.

  

-Tamat-