SIARAN AKHBAR

7 Feb 2022
PROTON MENJUAL 4,453 UNIT PADA BULAN JANUARI 2022

- Pegangan stok yang rendah dan kelewatan alat ganti menjejaskan prestasi jualan

- Jualan dijangka pulih bulan Februari selepas aktiviti pengeluaran dimulakan 

Subang Jaya, 7 Februari 2022 - Kesan banjir yang teruk di Selangor pada penghujung 2021 telah terbukti pada Januari 2022 bagi pengeluar kereta nasional PROTON. Selepas menamatkan tahun sebelumnya dengan angka jualan tahunan tertinggi sejak 2014, jualan untuk bulan pertama tahun baharu telah menurun disebabkan kekurangan stok yang tersedia.

 

Syarikat menjual 4,453 unit (domestik + eksport) pada bulan Januari, pengurangan sebanyak 25.3% daripada bulan yang sama pada 2021 dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3%

 

Isu bekalan komponen menjejaskan pengeluaran semua model

Walaupun kilang pengeluaran PROTON di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir pada bulan Disember, vendor syarikat pula tidak bernasib baik. Ramai yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Shah Alam terjejas oleh peningkatan air banjir. Ini mempunyai kesan langsung ke atas jumlah pengeluaran pada bulan Januari yang menyebabkan kekurangan unit untuk memenuhi pesanan. Tambahan pula, pegangan stok yang rendah dari bulan sebelumnya kerana syarikat tengah berusaha untuk merapatkan jurang antara bekalan dan permintaan pasaran.

 

“Selepas menamatkan tahun 2021 dengan kejayaan, Januari merupakan bulan yang sangat sukar bagi PROTON. Situasi kekurangan bekalan kami menjadi lebih ketara apabila terdapat kekurangan dalam unit yang dikeluarkan, yang seterusnya memberi kesan yang teruk bagi pengedar. Kami bersyukur kerana pengeluaran untuk semua model telah berjaya disambung semula pada bulan Januari, walaupun sesetengah model memerlukan lebih banyak masa. Kami yakin dapat mencapai sasaran tahun 2022 berdasarkan unjuran pasaran serta rancangan jualan dan pemasaran untuk sepanjang tahun ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

Di antara semua model, Proton X50 dan Proton X70 merupakan model pertama yang memulakan semula pengeluaran dan ini dapat dilihat dalam jumlah jualan Januari. Sebanyak 2,601 unit Proton X50 dan 799 unit Proton X70 telah dijual pada bulan lepas. Walaupun jumlah individu adalah sederhana berbanding bulan sebelumnya, jualan gabungan kedua-dua model meletakkan PROTON sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia

 

Usaha bantuan banjir untuk pelanggan diteruskan

Satu setengah bulan selepas banjir bulan Disember, lebih 1,200 kenderaan Proton yang terjejas banjir telah diterima di pusat servis rasmi syarikat. Ia kemudiannya dibahagikan kepada empat kategori, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, sebelum penilaian dibuat dan pembaikan dijalankan

 

“PROTON ingin mengingatkan semua pelanggan yang mempunyai kereta yang terjejas akibat banjir supaya menghantar kenderaan mereka ke rangkaian pusat perkhidmatan rasmi kami untuk menikmati manfaat seperti perkhidmatan menunda dan mencuci kereta percuma serta diskaun alat ganti dan caj buruh. Kami juga berterima kasih kepada kerajaan atas baucar bantuan RM1,000, yang terbukti amat bernilai untuk ramai pelanggan kami,” tambah Roslan Abdullah. 

 

-Tamat-

 

PROTON Januari 2022 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)

 

Model

Jumlah unit dijual  Jumlah jualan 2022 Pencapaian jualan untuk Januari 2022

Saga

76

76 T/A 

Persona

694 694 Jualan sedan segmen-B ketiga tertinggi
Exora 54  54 Jualan MPV segmen-C kedua tertinggi 

Iriz

229

 229 Jualan hatchback segmen-B keempat tertinggi 

X70

799

 799 Jualan SUV segmen-C tertinggi 

X50

2,601

 2,601 Jualan SUV segmen-B tertinggi

Total

*4,453

*4,453  

*Jumlah jualan model lain yang tidak dinyatakan dimasukkan pada jumlah jualan keseluruhan

 

 

 

 

 

DOWNLOAD PRESS HERE

Muat Turun