- Jualan 14,147 unit bulan Disember meningkatkan jumlah akhir ke 114,708 unit
- PROTON digelar juara eksport apabila jualan meningkat dua kali ganda
Subang Jaya, 4 Januari 2022 - Setelah tempoh masa 12 bulan yang terjejas akibat pandemic, jenama kereta nasional PROTON mengakhiri 2021 dengan keputusan yang cemerlang. Penjualan 14,147 unit pada bulan Disember menaikkan jumlah jualan keseluruhan pada tahun lepas kepada 114,708 unit (pasaran tempatan + eksport), jumlah yang tertinggi semenjak 2014. Ini merupakan penambahan sebanyak 4.5% berbanding dengan 2020 dan adalah penambahan jualan bagi tahun ketiga berturut-turut. Pencapaian ini agak menerujakan kerana Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan telah mengundur sebanyak 4.6% kepada 505,000 unit.
Pegangan pasaran PROTON pada bulan Disember dianggarkan pada 20.6% tetapi secara keseluruhan untuk 2021 pegangan pasaran dianggarkan pada 22.7%. Ini adalah penambahan sebanyak 2.0% berbanding dengan 2020, sekaligus mengukuhkan pegangan syarikat pada kedudukan kedua dan mendekatkannya ke tangga teratas.
Empat model PROTON mendahului segmen sambil jualan eksport mendahului industri
Selepas melancarkan SUV pertamanya pada bulan Disember 2018, kenderaan jenis ini telah bertambah penting kepada angka jualan PROTON, terutama sekali selepas pelancaran Proton X50 pada October 2020. Selepas menjual 45,149 SUV pada 2021, Proton merampas gelaran jenama SUV paling laris di Malaysia dimana nombor itu menyumbang hampir 40% kepada jumlah jualan.
Secara individu, Proton X50 mengakhiri tahun dengan 28,774 unit, jumlah tertinggi secara keseluruhan segmen SUV, dan mencapai jumlah jualan bulanan tertingginya pada bulan Disember dengan 4,310 unit. Ini adalah bulan kedua berturut-turut di mana jualan melebihi 4,000 unit dan ini bukti peningkatan pengeluaran dan hantaran ke pelanggan. Proton X70 pula mencatat 16,735 unit dengan jualan sebanyak 1,616 unit bagi bulan lepas. Ini membolehkan ia mendahului kelas SUV segmen-C dan menduduki tangga ketiga bagi jualan SUV keseluruhan
Penjual terlaris PROTON pada 2021 merupakan Proton Saga yang berjaya mendekati pesaing terdekatnya untuk bersama mendahului pasaran sedan segmen-A. 42,627 unit telah dijual termasuk unit yang dihantar sebagai pek CKD ke luar negara. Populariti yang berkekalan bagi Saga adalah bukti pelanggan masih kagum dengan prestasi, ciri keselamatan dan harga berpatutan yang ditawarkan oleh model buatan Malaysia ini yang kini juga semakin terkenal di pasaran eksport.
554 unit Proton Exora dijual pada bulan Disember, menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak 4,035 unit bagi model PROTON yang mendahului kelas MPV segmen-C. Proton Persona dan Iriz juga menunjukkan prestasi yang baik pada bulan Disember dengan jualan 2,187 dan 884 unit setelah masaalah bekalan cip semakin pulih. Jualan keseluruhan bagi dua model ini adalah 16,153 dan 6,708 unit, cukup untuk menyandang tangga ketiga pada segmen masing-masing.
Jualan antarabangsa juga merupakan sorotan utama syarikat. 3,108 unit yang dijual pada 2021 merupakan penambahan sebanyak 100% dan menempatkan Proton sebagai jenama automotif yang terlaris dari segi eksport. Dengan penambahan aktiviti pasang siap di luar negara dan kelonggaran sekatan perdagangan, PROTON yakin penambahan jualan eksport akan berterusan bagi beberapa tahun lagi.
“2021 agak sukar bagi industri automotif secara keseluruhan dan ini jelas dilihat dalam penurunan TIV. Dari krisis bekalan cip tahap sedunia kepada kenaikkan kes Covid-19 yang menyebabkan PKP dan penambahan kos penghantaran, ada banyak cabaran yang perlu diatasi. Oleh sebab itu, pencapaian PROTON menambah jualan tahun lepas amat ketara kerana ia akibat perancangan rapi dan penggunaan sumber yang sedia ada.
“Kami juga bangga dengan anugerah jenama automotive dengan jualan eksport terbanyak pada 2021 sebab ini membuktikan usaha sama bahagian jualan antarabangsa dan rakan luar negara amat berkesan. Walaupun penambahan kos agak membimbangkan, aktiviti yang dirancang bagi 2022, bermakna jualan eksport akan bertambah lancar pada tahun akan datang,” berkata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar
Proton Commerce mencapai rekod baru manakala jumlah pengedar 3S/4S bertambah
Selain daripada jualan, bahagian pebiayaan dan pengedaran di PROTON juga mendapat pencapaian yang tinggi pada tahun lepas. Proton Commerce meluluskan 14,550 pinjaman pada 2021, rekod baru yang dicapai setelah 2,132 pinjaman diluluskan pada bulan Disember. Syarikat pembiayaan PROTON ini juga berjaya merampas gelaran syarikat pembiayaan OEM utama dan juga menjadi pilihan paling popular bagi pelanggan Proton Saga.
Pada permulaan 2021, Proton mempunyai 140 pengedar 3S/4S dan walaupun tahun ini dipenuhi cabaran dari segi pembuayaan dan pembinaan, jumlah pengedar 3S/4S kini telah bertambah ke 147.
“Perkembangan perniagaan sampingan PROTON seperti Proton Commerce serta penambahan jumlah pengedar dikaitkan secara langsung dengan jumlah kenderaan yang dijual. Oleh itu, dengan penambahan jualan terdapat juga penambahan fasiliti bagi layanan pelanggan. Saya juga ingin mengumumkan bahawa jaminan bagi kotak gear automatik enam kelajuan yang digunakan oleh Proton X70 CBU kini dipanjangkan ke 5-tahun dengan jarak tempuh tanpa had. Ini adalah untuk memberi manfaat kepada pelanggan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap produk kami,” tambah Roslan Abdullah.
-Tamat-
PROTON Disember 2021 – Prestasi Model Individu (termasuk eksport)
Model |
No unit dijual |
Jumlah jualan 2021 | Pencapaian keseluruhan 2021 |
Saga |
4,656 |
42,627 | Jumlah tertinggi sedan segmen-A |
Persona |
2,187 | 16,153 | Jumlah ketiga tertinggi sedan segmen-B |
Exora | 554 | 4,035 | Jumlah tertinggi MPV segmen-C |
Iriz |
824 |
6,708 | Jumlah ketiga tertinggi hatchback segmen-B |
X70 |
1,616 |
16,375 | Jumlah tertinggi SUV segmen-C |
X50 |
4,310 |
28,774 | Jumlah tertinggi SUV segmen-C dan SUV secara keseluruhan |
Total |
*14,147 |
114,708 |
Jualan model tak tersenarai telah ditambah kepada angka jumlah