SIARAN AKHBAR

13 Jul 2022
PROTON MEMUKTAMADKAN TERBITAN SUKUK RM700 JUTA

- Bahagian kedua dana Nota Jangka Sederhana Islam terlebih langganan hampir empat kali ganda
- Hasil terbitan akan digunakan untuk rancangan pembangunan Syarikat

 

Subang Jaya, 13 Julai 2022 – Pengeluar kereta nasional PROTON Holdings Berhad menerusai anak syarikatnya, PONSB Capital Berhad telah berjaya memuktamadkan terbitan bahagian kedua Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM700 juta di bawah program Sukuk Wakalahnya. IMTN terbukti popular di kalangan komuniti pelabur dan terlebih langganan hampir empat kali ganda.

 

Program Sukuk Wakalah PROTON terdiri daripada Kertas Komersial Islam (ICP) yang bernilai RM1.0 bilion dalam nilai nominal bersama IMTN yang bernilai RM4.0 bilion dalam nilai nominal. Ia mempunyai had gabungan sehingga RM4.0 bilion nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar. Bahagian kedua untuk IMTN yang bernilai RM700 juta adalah susulan daripada bahagian pertama IMTN bernilai RM500 juta yang telah dilengkapkan pada bulan Disember tahun lepas.

 

“PROTON berbesar hati untuk memuktamadkan terbitan dana Sukuk peringkat kedua dengan kerjasama CIMB Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad bertindak sebagai pengurus utama bersama. Dana yang diperoleh akan membantu membiayai rancangan pembangunan masa depan syarikat serta keperluan modal operasi.”

 

“Kami berazam untuk melaksanakan strategi pertumbuhan Syarikat dan pada tahun-tahun akan datang terdapat beberapa perkembangan menarik dalam rancangan kami. Ini termasuk pelancaran produk baharu, menembusi lebih banyak pasaran eksport dan memasuki segmen kenderaan tenaga baharu. Dengan jumlah dana sebanyak RM4 bilion, masih terdapat banyak peluang untuk lebih ramai pelabur menyertainya dan saya yakin PROTON akan memberi ganjaran kepada pelabur yang menaruh harapan pada kami,” kata Wang Huaibing, Ketua Pegawai Kewangan, PROTON.

-Tamat-

 

Mr Wang and team2

Mr Wang and team

Engine and Transmission plant