- SUV Segmen C yang paling laris di Malaysia dikemas kini aspek gaya dan teknikal
- Varian 1.5L TGDi menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api
Subang Jaya, 9 June 2022 – PROTON telah melancarkan Proton X70 2022 yang menawarkan penggayaan
yang diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari SUV yang menawarkan peningkatan prestasi
dalam kecekapan bahan api. SUV terlaris di Malaysia kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi,
pengecas turbo, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.
“PROTON bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV
segmen C terlaris sejak dilancarkan. Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini
penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli. Ia menjanjikan
tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan
api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah
dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan,’ kata Roslan Abdullah, Ketua
Pegawai Eksekutif PROTON.
Prestasi Direka untuk Pemandu Milenium
Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan
melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam
keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan. Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu
telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca
dan keadaan jalan raya yang pelbagai.
Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu
kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai
kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm. Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam
penggunaan bahan api pada kitaran bandar. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD,
dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda
belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang
berbeza-beza.
Enjin 1.5L TGDi dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang
ketat yang mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan yang paling canggih di Malaysia.
Pemasangan tempatan enjin 1.5L TGDi mempamerkan komitmen PROTON terhadap penyelidikan dan
pembangunan automotif bagi generasi akan datang, serta keupayaan pengeluaran kami. Kami berazam untuk
mengembangkan laluan kami ke ekonomi IR4.0, dan ini hanyalah satu kejayaan dalam pelan hala tuju teknologi
kami,” tambah Roslan Abdullah.
Reka Bentuk yang Dikemaskini dan Diperhalusi
Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu
dan penumpang serta rupa yang diperbaharui. Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan
dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit
Nappa dengan lapisan utama hitam baharu. Untuk keselesaan dan ketenangan fikiran, Proton X70 2022
didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke
dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti
udara dalam kabin.
Hubungan Ditakrifkan dan Keselamatan Terjamin
Proton X70 2022 menawarkan pelbagai ciri pintar dan hubungan yang menjadikan pemanduan lebih selesa dan
lebih selamat. Dengan Perintah Suara, menyebut “Hi PROTON” membolehkan pemandu mengendalikan tingkap
dan penghawa dingin, atau boleh juga mengakses navigasi dalam talian. Selain itu, PROTON Link memantau
status kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi tertentu. Untuk penambahan keseronokan dan
kemudahan tambahan, sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer meningkatkan
pengalaman muzik manakala enam port USB menyediakan penyelesaikan pengecasan yang mencukupi.
Keselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 2022, yang dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan.
Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.
Harga atas jalan tanpa insuran* adalah seperti berikut:
Variant |
Peninsular Malaysia |
East Malaysia |
1.5 TGDi Standard 2WD |
RM93,900 |
RM95,900 |
1.5 TGDi Executive 2WD |
RM105,500 |
RM107,500 |
1.5 TGDi Executive AWD |
RM111,300 |
RM113,300 |
1.5 TGDi Premium 2WD |
RM117,900 |
RM119,900 |
1.8 TGDi Premium 2WD |
RM121,800 |
RM123,800 |
*Sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan.