- 9,792 unit dijual pada bulan Mei mengekalkan tempat kedua di pasaran
- Proton X50 menguasai pasaran SUV dengan jualan sebanyak 2,779 unit
Subang Jaya, Jun 4 2022 – Jenama kereta nasional, PROTON, mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit
(tempatan + eksport) bagi bulan Mei setelah berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan
komponen. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8% berbanding dengan April 2022 dan 3.7%
berbanding dengan Mei 2021.
Berbanding dengan pasaran automotif secara keseluruhan pula, PROTON kekalkan kedudukan di tangga kedua
dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6% manakala jumlah pegangan pasaran tahunan
(YTD) dianggarkan berada pada 17.1%.
Proton X50 kuasai pasaran SUV dengan jualan 2,779 unit Proton X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei membolehkan ia menyandang kedudukan pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan. Dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama di segmen masing-masing adalah Proton X70 dan Proton Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.
Model paling laris Syarikat, Proton Saga, berjaya mencapai 3,996 unit pada bulan Mei, menempatkan ia di tangga kedua bagi sedan segmen-A. Ini adalah pencapaian yang bagus memandangkan Syarikat perlu menguruskan peralihan model dari versi lama ke versi Proton Saga 2022 yang dilancarkan pada Mei 12. Model baru menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan serta peningkatan keselamatan dan kualiti. Oleh itu, permintaan pasaran amat menggalakkan dengan lebih 12,000 tempahan diterima.
Saga juga menunjukkan prestasi yang tinggi di pasaran eksport. Jumlah eksport tahun ini bagi Saga kini berada pada 1,482 unit, penambahan sebanyak 71% berbanding tahun lepas. Jualan eksport bulan Mei sebanyak 513 unit adalah penambahan sebanyak 12.5% berbanding bulan lepas, manakala jualan keseluruhan tahunan sebanyak 2,086 unit adalah penambahan sebanyak 47.0% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Bagi lima bulan pertama tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 1,350 unit diikuti oleh Mesir dan Brunei dengan 172 dan 158 unit.
“Peningkatan jualan PROTON pada bulan Mei disebabkan Syarikat menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran. Sama dengan semua jenama industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapat bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak dan oleh itu, PROTON amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada kami,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Pegawai Eksekutif, PROTON.
PROTON MENUNJUKKAN PENINGKATAN JUALAN SELEPAS PEMULIHAN BEKALAN KOMPONEN
PROTON Mei 2022 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)
Model |
Jumlah unit dijual |
Jumlah jualan 2022 |
Pencapaian Jualan Bulanan |
Saga |
3,996 |
18,024 |
Jualan sedan segmen-A kedua tertinggi |
Persona |
1,385 |
5,787 |
Jualan sedan segmen-B ketiga tertinggi |
Exora |
387 |
1,435 |
Jualan MOV segmen-C tertinggi |
Iriz |
553 |
2,122 |
Jualan hatchback segmen-B keempat tertinggi |
X70 |
692 |
6,460 |
Jualan SUV segmen-C tertinggi |
X50 |
2,779 |
11,509 |
Jualan SUV segmen-B dan segmen SUV keseluruhan tertinggi |
Total |
9,792 |
45,337 |
|