SIARAN AKHBAR

21 Sep 2022
PROTON MEMBUKA PUSAT PENGEDARAN 3S/4S KE-149

- Harima Auto Mobil pusat pengedaran 4S baharu terbesar di Kelantan dan Terengganu
- Peningkatan reputasi jenama dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik di negeri-negeri Pantai Timur


Kota Bharu, 21 September 2022 - Pengeluar kereta nasional PROTON telah membuka pusat 3S/4S yang ke149, penambahan kepada jumlah cawangan tertinggi dalam industri. Terletak di Kota Bharu, pusat pengedaran Harima Auto Mobil 4S (Harima) baharu adalah pengedar PROTON terbesar di dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. 

Pusat pengedaran ini dirasmikan oleh Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, bersama Liew Foo Lin, Pengasas Harima dan Liew Vee Lee, Pengarah Harima.  


Menuju ke arah pengalaman jualan dan perkhidmatan yang lebih baik

Harima telah beroperasi sebagai pengedar PROTON di Kota Bharu sejak 1986. Selaras dengan hala tuju perniagaan PROTON, syarikat memutuskan untuk melabur dalam pusat 4S baharu untuk menaik taraf pengalaman pembelian, memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan menjadi pusat tumpuan bagi pemilik PROTON di negeri itu.

Sebagai pengedar automotif berpengalaman dengan hubungan perniagaan tempatan yang kukuh, Harima juga menyedari keperluan untuk menyediakan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan memandangkan persaingan yang kuat daripada jenama lain di Kota Bharu. 

“Apa yang paling penting ialah pelanggan gembira mengunjungi pengedar untuk membeli kereta baharu. Sebaik sahaja mereka telah membelinya, adalah tanggungjawab kami untuk memastikan mereka menghantar semula kereta mereka kepada kami untuk servis berkala. Bagaimanapun, Harima merasakan tahap kepuasan pelanggan yang diperlukan tidak dapat dicapai jika kami terus beroperasi sebagai bilik pameran kecil tanpa kemudahan yang diperlukan, justeru, keputusan untuk beroperasi sebagai pengedar 4S,” kata Liew Vee Lee. 

 

Terletak di Tunjong, kawasan yang membangun dengan pesat di Kota Bharu, pengedar 4S itu mempunyai keluasan binaan 2400 meter persegi dengan sebelas ruang servis, dan bilangan ruangan ketuk dan cat yang sama. Bilik pameran pula boleh mempamerkan sepuluh kenderaan. Seperti pengedar 4S yang lain, terdapat kawasan permainan kanak-kanak, WIFI percuma dan ruang istirahat pelanggan yang selesa.

 

Harima juga bekerjasama dengan Proton Global Services (PGS) untuk menawarkan kemudahan lain. Terdapat ruang minuman yang menyajikan kopi Starbucks serta sudut produk berjenama PROTON dan R3. Syarikat itu merupakan pengedar pertama di Kelantan yang mempunyai kedua-dua perkhidmatan ini, yang pastinya menarik minat pelanggan dan peminat.

 

“Pembukaan pengedar 4S baharu Harima Auto Mobil akan membantu meningkatkan reputasi jenama PROTON di Kota Bharu. Dengan memiliki rangkaian penuh kemudahan dan aset yang diperlukan untuk melayani jumlah pelanggan yang tinggi, kami berharap dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan memberikan pengalaman yang benar-benar premium bagi pelanggan di negeri ini,” kata Roslan Abdullah. 

 

-Tamat-