SIARAN AKHBAR

6 May 2023
PROTON MENCAPAI PERTUMBUHAN JUALAN DAN PEGANGAN PASARAN BAGI BULAN APRIL

- 9,415 unit dijual pada bulan April menandakan peningkatan 6.5% berbanding bulan yang sama pada tahun 2022
- Pegangan pasaran YTD meningkat kepada 20.8% apabila TIV menyusut lebih 41.4% berbanding bulan Mac

 

Subang Jaya, 5 Mei 2023 - Pengeluar kereta nasional PROTON meneruskan permulaan kukuhnya bagi tahun 2023 dengan mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ke tahun untuk bulan keempat berturut-turut. Dengan 9,415 unit terjual (domestik dan eksport), jualan telah meningkat sebanyak 6.5% berbanding bulan April 2022 di mana tempoh jualan dan pengeluaran yang dipendekkan berikutan tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri. Ini menjadikan jumlah jualan sebanyak 49,702 unit untuk empat bulan pertama tahun 2023, bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 39.8% berbanding tahun sebelumnya.

 

PROTON merupakan satu-satunya jenama automotif di 5 tangga teratas jadual jualan yang mencapai penumbuhan jualan pada bulan April. Oleh itu, pegangan pasaran bagi bulan itu dianggarkan 20.4%, mengekalkan tempat kedua dalam jadual jualan automotif nasional. Secara keseluruhannya, jualan pada bulan April menyusut lebih 41.4% selepas rekod tertinggi baharu yang dicatatkan pada bulan Mac kerana Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan berjumlah 46,203 unit. Penurunan ini adalah bukan sahaja akibat tempoh cuti, tetapi juga penamatan tempoh penyerahan untuk pesanan yang dibuat semasa skim insentif bebas cukai PENJANA.

 

Tiga model terus menjadi peneraju segmen keseluruhan apabila eksport mencapai tahap tertinggi baharu untuk 2023

Walaupun terdapat penurunan dalam TIV untuk bulan April, tiga model Proton terus menjadi peneraju segmen keseluruhan untuk tahun 2023 membuktikan keupayaan jenama untuk mengekalkan permintaan semasa bulan jualan yang perlahan. Proton X50 kekal sebagai SUV segmen B terlaris dengan 2,644 unit diserahkan pada bulan April dan kekal sebagai SUV terlaris keseluruhan di Malaysia.

 

Satu lagi peneraju segmen keseluruhan ialah Proton Persona, yang mencapai 1,263 penyerahan pada bulan lepas yang membolehkannya kekal sebagai peneraju keseluruhan bagi pasaran sedan segmen B selepas empat bulan. Akhirnya, dengan 465 unit terjual, Proton Exora bukan sahaja mencapai bulan jualan terbaiknya untuk tahun ini, tetapi juga kekal sebagai peneraju jualan bagi MPV segmen C dengan 1,559 unit terjual setakat ini.

 

Bagi model Proton yang lain, Proton Saga masih mendahului semua model dari segi jualan dengan 3,949 unit diserahkan, menjadikan jumlah jualan sebanyak 21,395 unit untuk tahun 2023, yang turut meletakkannya di tempat kedua untuk jualan sedan segmen A. Proton X70 dan Proton Iriz pula mencapai 756 unit dan 338 unit, meletakkan mereka di tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

 

“Disebabkan cuti Hari Raya yang menjejaskan aktiviti pengeluaran dan jualan untuk keseluruhan industri automotif serta penamatan penyerahan pesanan tempoh bebas cukai, kami meramalkan jumlah jualan yang leih rendah untuk bulan April. Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pelanggan kami kerana membantu kami menjadi satu-satunya jenama yang mencapai pertumbuhan jualan berbanding bulan April 2022.

 

“Dengan pelancaran Proton X90 secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 7 Mei, syarikat akan mempunyai tiga model SUV untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen itu serta model pertamanya dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) tidak lama lagi. Ini akan membantu membentuk asas yang baik untuk penawaran model masa depan kami dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada rangkaian pengedar Proton dalam aspek menjual dan menservis kenderaan ini,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

 

Sementara itu, jualan eksport Proton mencatatkan bulan terbaik untuk tahun ini dengan 187 unit dihantar ke pasaran luar negara. Selepas empat bulan, model eksport paling popular ialah Proton Saga diikuti dengan Proton X50 dan Proton X70. Jumlah jualan eksport untuk empat bulan pertama tahun ini kini berjumlah 603 unit.

 

“Volum eksport Proton untuk tahun 2023 adalah perlahan untuk mencapai jumlah yang dijangkakan disebabkan oleh beberapa faktor ekonomi global luaran. Bagaimanapun, kami kekal positif tentang prospek jualan luar negara kami untuk tahun ini dan sedang giat bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk meningkatkan profil jenama serta mempromosikan produk pintar kami,” tambah Roslan Abdullah.

 

-Tamat-

 

PROTON April 2023 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)

 

Model

Jumlah unit terjual

Jumlah jualan 2023

Pencapaian jualan untuk bulan ini

Saga

3,949

21,395

Jualan kedua tertinggi sedan segmen-A

Persona

1,263

8,036

Jualan ketiga tertinggi sedan segmen-B

Exora

465

1,559

Jualan tertinggi MPV segmen-C

Iriz

338

2,458

Jualan keempat tertinggi segmen-C hatchback

X70

756

3,942

Jualan ketiga tertinggi SUV segmen-C 

X50

2,644

12,312

Jualan tertinggi SUV segmen-B dan secara keseluruhan

Total

9,415

49,702