Pandu dengan hati yang tenang dengan panel insurans kami. Sama ada kemalangan serius atau tidak, kami sedia membantu anda.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira tentang insurans anda:

1. Polisi komprehensif tidak melindungi bencana semulajadi seperti banjir dan tanah runtuh. Untuk itu, anda boleh pastikan dengan perlindungan Bencana yang Khas.
2. Tuntutan cermin depan tidak akan menjejaskan No Claim Discount (NCD) jika anda tidak mempunyai perlindungan cermin depan.
3. Anda layak menyenaraikan 1 nama pemandu tambahan secara percuma. Setiap pemandu tambahan yang disenaraikan akan dikenakan harga sebanyak RM10.
4. Kesemua kenderaan syarikat yang berdaftar perlu menginsuranskan semua pemandu mereka.
5. Insurans motor anda yang telah didaftar di Malaysia membekalkan perlindungan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.
6. Insurans motor anda tidak melindungi aksesori yang tidak dihasilkan daripada kilang. 
7. Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kenderaan yang telah didaftarkan, NCD anda boleh ditukarkan di antara kenderaan-kenderaan tersebut.
8. Sekiranya berlaku kemalangan, anda perlu melaporkan kepada balai polis yang berhampiran dalam tempoh 24 jam dari masa kemalangan. Hantar kenderaan anda ke Pusat Servis Proton dalam tempoh 7 hari.